Siapa kerajaan negeri, MP PKR soal Ketua Pemuda Umno Kedah

Siapa kerajaan negeri, MP PKR soal Ketua Pemuda Umno Kedah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa kerajaan negeri, MP PKR soal Ketua Pemuda Umno Kedah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa kerajaan negeri, MP PKR soal Ketua Pemuda Umno Kedah
link : Siapa kerajaan negeri, MP PKR soal Ketua Pemuda Umno Kedah

Baca juga


Siapa kerajaan negeri, MP PKR soal Ketua Pemuda Umno Kedah


 
Siapa kerajaan negeri, MP PKR soal Ketua Pemuda Umno Kedah



Ahli Parlimen Sungai Petani daripada PKR Datuk Johari Abdul membidas Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainaol Abidin dengan menyoal kembali siapa kerajaan yang memerintah negeri itu.

Beliau berkata, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah harus bertanggungjawab dalam segala hal ehwal yang berlaku dalam negeri termasuk isu banjir.

Malah katanya, semua jabatan dan agensi berkaitan perlu diletakkan dalam keadaan bersiap siaga bagi mendepani kemungkinan berlakunya musibah banjir.

“Sebagai pemimpin Pakatan Harapan, kami tahu akan tanggungjawab masing-masing malah kami juga berada di lapangan membantu mangsa banjir.

“Cuma, kami tidaklah menunjuk seperti mana pemimpin Umno BN lakukan dengan memanggil media semata-mata untuk memberitahu kepada orang yang mereka membantu rakyat.

“Saya memang sangat bersimpati dengan penduduk yang ditimpa musibah banjir ini kerana ia melibatkan banyak keluarga termasuk bayi, kanak-kanak, wanita dan juga warga emas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shaiful sebelum ini mendakwa pemimpin Pakatan Harapan hilang bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir sejak 22 September lalu.

Johari berkata, kawasan-kawasan kampung yang berhadapan masalah banjir serupa hampir 10 tahun lamanya terutama ketika musim hujan, sepatutnya dapat diselesaikan awal dengan kerja pendalaman parit di kampung berkenaan bagi melancarkan pengaliran air ke sebuah kawasan takungan air.

“Rentetan kejadian banjir kilat yang sering melanda di Kedah, kerajaan negeri seharusnya mengambil inisiatif bagi memastikan masalah itu dapat diselesaikan secara menyeluruh agar tidak akan berulang kembali di masa hadapan. Malah sekiranya berlaku banjir yang lebih besar selepas ini,” katanya.

Justeru beliau berharap Kerajaan Negeri mengambil serius masalah ini dan pertimbangan penyelesaian sewajarnya yang akan terus diteliti berikutan kekerapan banjir yang melanda negeri itu.

Hujan lebat berterusan selama empat hari bermula 22 September lalu selain air pasang besar menyebabkan beberapa buah daerah di Kedah, iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Kuala Muda/Yan dilanda banjir kilat.




Demikianlah Artikel Siapa kerajaan negeri, MP PKR soal Ketua Pemuda Umno Kedah

Sekianlah artikel Siapa kerajaan negeri, MP PKR soal Ketua Pemuda Umno Kedah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapa kerajaan negeri, MP PKR soal Ketua Pemuda Umno Kedah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/siapa-kerajaan-negeri-mp-pkr-soal-ketua.html

Subscribe to receive free email updates: