Judul : Suami nekad bakar diri selepas isteri minta cerai
link : Suami nekad bakar diri selepas isteri minta cerai
Suami nekad bakar diri selepas isteri minta cerai
ANTARAPOSSEREMBAN: Seorang penganggur bertindak nekad membakar diri sendiri selepas isterinya meminta cerai dalam kejadian di Taman Seri Pagi, Senawang di sini, tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata sebelum kejadian kira-kira 12.03 tengah malam itu berlaku, lelaki yang berusia 46 tahun dan isterinya berusia 40-an bergaduh.
Difahamkan punca pergaduhan sehingga si isteri meminta cerai ekoran merasa terbeban apabila terpaksa menanggung perbelanjaan rumah berikutan suaminya tidak bekerja.
"Selepas bergaduh, lelaki itu keluar dari rumah dan membawa pulang botol berisi petrol, lalu menyimbah bahan itu di badannya dan menyalakan api menggunakan pemetik api.
"Kejadian itu turut disaksikan dua anak pasangan itu," katanya di sini, hari ini.
Sulizmie Affendy berkata, akibat tindakan nekadnya, lelaki itu melecur seluruh badan.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini menggunakan ambulans.
Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh diri.
Demikianlah Artikel Suami nekad bakar diri selepas isteri minta cerai
Sekianlah artikel Suami nekad bakar diri selepas isteri minta cerai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suami nekad bakar diri selepas isteri minta cerai dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/suami-nekad-bakar-diri-selepas-isteri.html