Judul : Tangkapan Shafie, Najib sedang meningkat usaha untuk menipu pilihanraya – Tun M
link : Tangkapan Shafie, Najib sedang meningkat usaha untuk menipu pilihanraya – Tun M
Tangkapan Shafie, Najib sedang meningkat usaha untuk menipu pilihanraya – Tun M
THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang meningkat usaha untuk menipu pilihanraya umum yang ke 14 .
Melalui tulisnya di blognya hari ini Dr Mahathir menulis ;
1. Najib sedang meningkat usaha untuk menipu Pilihanraya.
2. Kali ini Najib mengarah SPRM menangkap pemimpin-pemimpin Parti lawan (Warisan) di Sabah. Matlamatnya ialah untuk melumpuh Warisan dengan menangkap Datuk Seri Shafie Apdal dan menakutkan penyokongnya.
3. Pegawai SPRM diugut untuk melaksana arahan Najib. Jika mereka tidak patuh kepada arahan Najib maka tindakan tertentu akan diambil terhadap mereka. Mereka mungkin diturun pangkat, ditukar ke jawatan lain yang lebih rendah, dimansuh hak pencen dan bermacam lagi.
4. Pegawai Tinggi Polis, pegawai di Jabatan Pendakwa Raya, Pengarah Syarikat dalam Khazanah semua ditakutkan supaya menyokong perbuatan salah oleh Najib untuk menang PRU.
5. Demikian juga pegawai-pegawai dari berbagai pejabat yang akan dilantik mengurus PRU. Mereka akan disuruh tipu untuk memberi kemenangan kepada Najib dalam PRU 14.
6. Kami dalam Pakatan Harapan sedar kami akan menang jika tidak ada penipuan dalam PRU. 90% dari pengundi yang berdaftar sudah pun nyatakan mereka tolak Najib.
7. Kami berjanji jika kakitangan Kerajaan yang akan mengurus PRU diugut dan didera oleh Najib dan kehilangan gaji, atau pangkat atau jawatan kami akan pulih balik mereka dan pendapatan mereka. Mereka akan kembali pegang jawatan yang telah dilucut dari mereka. Demikian juga mereka yang memberi maklumat kepada kami akan salah cara dan penipuan Najib. Kami akan selamatkan mereka.
8. Ini janji kami. Walaupun penipuan dilakukan oleh Najib kami tetap menang. Dan kami akan tunaikan janji kami.
9. Jangan takut untuk menolak arahan salah dari Najib dan konco-konconya.
Demikianlah Artikel Tangkapan Shafie, Najib sedang meningkat usaha untuk menipu pilihanraya – Tun M
Sekianlah artikel Tangkapan Shafie, Najib sedang meningkat usaha untuk menipu pilihanraya – Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tangkapan Shafie, Najib sedang meningkat usaha untuk menipu pilihanraya – Tun M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/tangkapan-shafie-najib-sedang-meningkat.html