Tun M memang tak pernah senang dengan PAS, kata Hadi

Tun M memang tak pernah senang dengan PAS, kata Hadi - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M memang tak pernah senang dengan PAS, kata Hadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M memang tak pernah senang dengan PAS, kata Hadi
link : Tun M memang tak pernah senang dengan PAS, kata Hadi

Baca juga


Tun M memang tak pernah senang dengan PAS, kata Hadi

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Ainor Rahim
Post Pic
 
 
KUALA NERUS: Pentas kemuncak Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal malam tadi, sekali lagi menjadi medan buat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dan peristiwa lampau yang dilakukan bekas perdana menteri itu terhadap partinya.
 
Tanpa menyebut nama, Hadi berkata Dr Mahathir semenjak dari dahulu tidak senang dengan PAS, malah jika boleh, mahu mengharamkan kewujudan PAS dalam arena politik negara.
 
Tidak lain hanya kerana tidak senang dengan dasar yang dibawa PAS itu yang bertunjangkan Islam, ujar Ahli Parlimen Marang itu.
 
"Walaupun kita berdepan pelbagai cabaran, didesak untuk meninggalkan Islam namun kita tak tinggalkan dasar Islam.
 
"Pelbagai sekatan dilakukan, usaha untuk mengharamkan PAS, membuang perkataan Allah dan Muhammad, mengharamkan penggunaan bintang yang dianggap simbol Islam. Banyak langkah diambil tapi PAS tak berganjak. Malah ada cadangan supaya membuang perkataan Islam daripada PAS oleh Perdana Menteri dalam tahun 1990-an. Kita tahu namanya," katanya sambil disambut laungan takbir oleh ahli dan penyokong PAS.
 
Dr Mahathir kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH), malah didakwa tidak bersetuju dengan langkah pembangkang untuk membawa masuk PAS ke dalam gagasan itu.
 
Mengimbau kenangan pahit PAS ketika Dr Mahathir memimpin negara, Hadi sekali lagi membangkitkan bagaimana bekas perdana menteri itu menentang pelaksanaan perundangan Islam di Kelantan dan Terengganu ketika parti itu memerintah dua negeri berkenaan.
 
"Menang di Terengganu kita luluskan undang-undang syariat. Beliau (Dr Mahathir) bawa ke mahkamah pula untuk menghalang pelaksanaan syariat tetapi kita tak berganjak.
 
"Menang di Kelantan kita teruskan perjuangan menegakkan syariat. Namun PM pada ketika itu mencabar kerajaan PAS Kelantan. Bertanya 'mana hudud, mana undang-undang syariat?' 
 
"Beliau mencabar seolah-olah kerajaan pusat sedia bekerjasama untuk melaksanakan undang-undang syariat.
 
"Namun PM pada ketika itu menulis surat kepada MB Kelantan beri amaran, jika Kelantan melaksanakan syariat kerajaan pusat akan bertindak," kata Hadi merujuk kepada amaran yang diterima Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Dr Mahathir jika Kelantan mahu berkeras melaksanakan perundangan Islam.
 
Walaupun PAS terus diserang dari pelbagai penjuru, dari mula ia ditubuhkan sehingga ke hari ini, Hadi berkata pimpinan terus istiqamah dalam perjuangannya menegakkan Islam.
 
Pendirian beristiqamah itu diterjemahkan menerusi kisah Nabi Musa AS dengan kekejaman dan kesombongan Firaun, sekaligus menjadi sandaran kekuatan PAS pada hari ini, kata Hadi.
 
"Firaun mengaku dirinya tuhan memberi rezeki kepada rakyat, ada kuasa seperti Tuhan. Membunuh anak-anak lelaki yang dilahirkan kerana mahu memperhambakan rakyat, kaum wanita. Maka Allah SWT mengutuskan Nabi Musa untuk berjuang menentang Firaun yang zalim.
 
 
 
"Ramai kaum Bani Israel dibunuh, dizalimi dengan kejam. Pembangunan piramid di Mesir yang dianggap sebagai tamadun dibina atas mayat-mayat manusia. Namun dunia hari ini berbangga dengan tamadun yang zalim ini," ujarnya.
 
Malah Hadi menegaskan istiqamah dengan PAS juga diteruskan walaupun ada di kalangan pemimpin itu memilih wadah baru, Amanah sebagai perjuangan politik.
 
Ini merupakan penganjuran kali kedua Himpunan Hijau Fastaqim, selepas ia diadakan di Kota Bharu pada 2015.
 
PAS mendakwa sasaran 200,000 ahli dan penyokong berjaya dicapai pada malam tadi, menjadi ukuran kepada kekuatan parti itu mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 dalam tempoh terdekat.
 
Apatah lagi dengan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah, selepas Pakatan Rakyat (PR) yang diwujudkan pada 2008 terkubur pada 2015.


Demikianlah Artikel Tun M memang tak pernah senang dengan PAS, kata Hadi

Sekianlah artikel Tun M memang tak pernah senang dengan PAS, kata Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M memang tak pernah senang dengan PAS, kata Hadi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/tun-m-memang-tak-pernah-senang-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: