Tun M: Saya Mahu Mansuhkan ISA Tahun 1987

Tun M: Saya Mahu Mansuhkan ISA Tahun 1987 - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M: Saya Mahu Mansuhkan ISA Tahun 1987, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M: Saya Mahu Mansuhkan ISA Tahun 1987
link : Tun M: Saya Mahu Mansuhkan ISA Tahun 1987

Baca juga


Tun M: Saya Mahu Mansuhkan ISA Tahun 1987





PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad terperangkap dalam kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ini yang mahu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Operasi Lalang dijalankan.

Bekas perdana menteri, dalam temu bual dengan portal berita dalam talian baru-baru ini, mengatakan bahawa pihak polis bertegas mahu meneruskan ISA dan terus menahan seramai 106 orang pada 1987.

“Saya tidak bersetuju. Saya meminta pihak polis untuk menerima keputusan untuk menghapuskan ISA.

“Polis tidak bersetuju. Saya terikat dengan nasihat keselamatan daripada polis, tidak boleh menentang mereka,” kata Tun M.

Tambahnya, Ketua Polis Negara (KPN) ketika itu, Tun Hanif Omar, memberitahu bahawa seorang perdana menteri perlu mendengar nasihat KPN mengenai isu keselamatan negara.

“Dia cakap macam tu dan sebenarnya saya tidak menentang polis kerana saya bergantung dengan mereka. Keselamatan adalah kerja polis.

“Jadi jika dia kata kita perlu menangkap orang ini, maka teruskan,” kata Tun M.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu menyokong tindakan polis terhadap ahli politik barisan pembangkang dan Barisan Nasional, para akademik dan pemimpin badan bukan kerajaan termasuk tindakan menutup tiga akhbar.

Beliau berkata, tindakan tersebut dilakukan untuk membendung kekacauan yang berlaku di negara ini.

Tun M tidak berjaya memansuhkan ISA sehingga beliau bersara sebagai perdana menteri pada akhir 2003.

Akta tersebut akhirnya dimansuhkan oleh perdana menteri semasa, Najib Tun Razak pada 2012.

Bagaimanapun, Tun M menyenaraikan pemansuhan ISA sebagai salah satu sebab utama mengapa beliau menarik balik sokongannya terhadap kerajaan yang dipimpin Najib iaitu pada Ogos 2014 – The Star



Demikianlah Artikel Tun M: Saya Mahu Mansuhkan ISA Tahun 1987

Sekianlah artikel Tun M: Saya Mahu Mansuhkan ISA Tahun 1987 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M: Saya Mahu Mansuhkan ISA Tahun 1987 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/tun-m-saya-mahu-mansuhkan-isa-tahun-1987.html

Subscribe to receive free email updates: