Judul : Wanita didenda RM4,000 tawar seks kepada polis
link : Wanita didenda RM4,000 tawar seks kepada polis
Wanita didenda RM4,000 tawar seks kepada polis
Kesalahan itu dilakukan di kaki lima kedai pakaian Hari-Hari, Jalan Petaling pada 10.40 malam Selasa lalu.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita tempatan berusia 51 tahun didenda RM4,000 atau 4 bulan penjara hari ini kerana menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis di kaki lima sebuah kedai pakaian 2 hari lepas.
Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Tang Moy Lan selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada Lans Koperal Mohamad Yusoff Abdullah, 56, dengan bayaran RM100 untuk sekali perkhidmatan itu.
Kesalahan itu dilakukan di kaki lima kedai pakaian Hari-Hari, Jalan Petaling pada 10.40 malam Selasa lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun gagal membayar denda itu.
Terdahulu, ketika diminta mengemukakan rayuan oleh Zuhair, tertuduh hanya menggelengkan kepalanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.
Demikianlah Artikel Wanita didenda RM4,000 tawar seks kepada polis
Sekianlah artikel Wanita didenda RM4,000 tawar seks kepada polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita didenda RM4,000 tawar seks kepada polis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/wanita-didenda-rm4000-tawar-seks-kepada.html