Judul : 4 anggota polis Johor gagal ujian saringan dadah
link : 4 anggota polis Johor gagal ujian saringan dadah
4 anggota polis Johor gagal ujian saringan dadah
MALAYSIAKINI

Empat anggota dan seorang penjawat awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor ditahan selepas gagal dalam ujian saringan dadah besar-besaran yang dilakukan sejak 31 Oktober lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata ujian saringan dilakukan bagi memastikan integriti setiap anggota dan kakitangan PDRM dapat terus diperkukuh.
"Terdapat 10,370 warga PDRM Johor membabitkan pegawai, anggota dan kakitangan yang terlibat dalam ujian ini dan sehingga kini kita berjaya memastikan 6,221 orang atau 60 peratus daripada jumlah berkenaan bebas daripada dadah.
"Kesemua yang ditahan berusia antara 25 dan 35 tahun dengan empat anggota tersebut didapati positif dadah jenis metamfetamina manakala kakitangan awam berkenaan positif dadah jenis opium," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ceria Bersama PDRM Care 2017, di Johor Bahru hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut Mohd Khalil saringan sedang dilakukan terhadap baki 4,149 anggota PDRM Johor.
"Tindakan tegas perlu diambil dalam usaha memastikan 100 peratus anggota PDRM Johor bebas daripada sebarang keterlibatan dalam dadah. Kita juga mahu memberikan jaminan untuk memberikan perkhidmatan 100 peratus kualiti kepada masyarakat.
"Tidak ada ruang kepada mereka yang terlibat dadah dalam PDRM Johor, saya tidak akan berkompromi. Setiap anggota dan pegawai harus sedar bahawa mereka perlu memberikan perkhidmatan terbaik yang diamanahkan oleh masyarakat sebagaimana yang mereka lafazkan dalam ikrar," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pihaknya menahan dua kumpulan belia melibatkan 13 lelaki tempatan berusia antara 15 dan 44 tahun pada 9 November lalu selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan berkumpulan di sekitar Batu Pahat.
"Hasil siasatan awal terhadap kesemua mereka mendapati pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham. Pergaduhan berkenaan telah mengakibatkan kerosakan dua buah kenderaan selain kecederaan.
"Pihak polis Johor tidak akan berkompromi dengan mana-mana akviti gengsterism dan kesemua suspek telah kita tahan reman selama empat hari bermula 10 November sehingga 13 November ini untuk membantu siasatan," katanya, sambil menambah pihaknya sedang mengesan sama ada masih terdapat anggota kumpulan tersebut yang belum ditahan.
Kes itu disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan dan mengambil bahagian di dalam rusuhan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.- Bernama

Demikianlah Artikel 4 anggota polis Johor gagal ujian saringan dadah
Sekianlah artikel 4 anggota polis Johor gagal ujian saringan dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 4 anggota polis Johor gagal ujian saringan dadah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/4-anggota-polis-johor-gagal-ujian.html