Judul : Ada pihak sengaja bakar pasar Seremban - Bomba
link : Ada pihak sengaja bakar pasar Seremban - Bomba
Ada pihak sengaja bakar pasar Seremban - Bomba
ANTARAPOSSEREMBAN: Kebakaran besar yang berlaku di tingkat satu Pasar Besar Seremba pada 9 September lalu, adalah berpunca daripada perbuatan khianat, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan.
Pengarahnya, Norazam Khamis, berkata siasatan mendapati suspek dipercayai mencurahkan petrol di hadapan pintu bidai besi Kedai Makanan dan Minuman Seng Hing bernombor 758A sebelum menyalakan api.
"Pasukan penyiasat bomba dibantu anjing pengesan menemui lima kesan sisa cecair mudah terbakar di hadapan lot gerai terbabit. Sampel itu kemudian dihantar ke Makmal Penyiasatan Kebakaran sebelum disahkan sebagai petrol.
"Bomba juga menemui 'fire starter' yang belum digunakan di dalam tong sampah di hadapan gerai sama.
Pemilik gerai menafikan kedua-dua bahan itu miliknya dan kita juga mendapati tiada kesan petrol di dalam premisnya.
"Berdasarkan penemuan ini, kita merumuskan punca kebakaran adalah sengaja dibakar dan menyerahkan siasatan lanjut kepada polis," katanya pada sidang media di Wisma Negeri di sini, hari ini.
Yang turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Dalam kebakaran jam 7.36 malam pada 9 September lalu, kira-kira 90 peratus tingkat satu pasar berkenaan membabitkan lebih 300 lot gerai, musnah namun bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke tingkat bawah.
Demikianlah Artikel Ada pihak sengaja bakar pasar Seremban - Bomba
Sekianlah artikel Ada pihak sengaja bakar pasar Seremban - Bomba kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ada pihak sengaja bakar pasar Seremban - Bomba dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/ada-pihak-sengaja-bakar-pasar-seremban.html