Ahli DAP tak puas hati keputusan pemilihan semula CEC, boleh buat aduan

Ahli DAP tak puas hati keputusan pemilihan semula CEC, boleh buat aduan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli DAP tak puas hati keputusan pemilihan semula CEC, boleh buat aduan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli DAP tak puas hati keputusan pemilihan semula CEC, boleh buat aduan
link : Ahli DAP tak puas hati keputusan pemilihan semula CEC, boleh buat aduan

Baca juga


Ahli DAP tak puas hati keputusan pemilihan semula CEC, boleh buat aduan

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semalam, diminta menghantar surat aduan kepada jawatankuasa berkenaan. 
 
Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, pihak yang berkenaan boleh menghantar aduan bertulis untuk menyuarakan bantahan mereka menerusi saluran parti. 
 
"Mereka yang tidak berpuas hati dengan (pemilihan semalam) boleh buat aduan kepada CEC, tentang ketidakpuasan hati mereka mengikut saluran biasa," katanya dalam sidang di lobi Annexe sebentar tadi.
 
Ng yang juga ADUN Sekinchan berkata demikian ketika ditanya mengenai terdapat perwakilan yang mendakwa mereka tidak menerima notis mengenai pemilihan semula  dan tidak berpuas hati dengan senarai calon yang bertanding untuk menduduki 20 jawatan dalam CEC itu.
 
Sementara itu Penolong Bendahari DAP Selangor yang juga ADUN Bukit Tunku, Lau Weng San menjelaskan keseluruhan proses pemilihan semula semalam termasuk penghantaran notis kepada perwakilan, diuruskan oleh firma audit bebas Grant Thornton yang beribu pejabat di Amerika Syarikat.
 
"Pemilihan semalam diuruskan sepenuhnya oleh syarikat luar dan tiada kaitan dengan mana-mana ahli, sukarelawan atau pemimpin parti," katanya. 
 
Grant Thornton merupakan firma audit bebas yang dipilih DAP untuk mengendalikan pemilihan semula mereka semalam, dan pemilihannya dipersetujui Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).  
 
Pegawai Pemilihan, John Lau semalam memaklumkan sebanyak 2,514 notis sudah dihantar kepada perwakilan.
 
Bagaimanapun hanya seramai 1,356 atau 53.94% perwakilan yang hadir.
 
Daripada 1,356 kertas undi yang dikeluarkan, hanya 1,346 kertas undi yang dikembalikan semula.
 
Keputusan semalam menyaksikan dinasti Lim, terus mengungguli senarai CEC. Lim Kit Siang menduduki tempat pertama dengan memperoleh 1,199 undi, manakala anaknya Lim Guan Eng menduduki tempat ketiga dengan jumlah undi 1,180. 
 
Kedua-dua pemimpin itu juga mengekalkan jawatan masing-masing dalam parti, dengan Kit Siang mengekalkan jawatan sebagai Ketua Parlimen DAP.
 
Guan Eng pula terus mempertahankan jawatannya sebagai Setiausaha Agung. 
 
Wakil tunggal Melayu, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari menduduki tempat ke-19 daripada senarai 20 anggota CEC DAP dengan memperoleh 649 undi.
 
 


Demikianlah Artikel Ahli DAP tak puas hati keputusan pemilihan semula CEC, boleh buat aduan

Sekianlah artikel Ahli DAP tak puas hati keputusan pemilihan semula CEC, boleh buat aduan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli DAP tak puas hati keputusan pemilihan semula CEC, boleh buat aduan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/ahli-dap-tak-puas-hati-keputusan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :