Anjing pun kami selamatkan, kata pengerusi surau

Anjing pun kami selamatkan, kata pengerusi surau - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anjing pun kami selamatkan, kata pengerusi surau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anjing pun kami selamatkan, kata pengerusi surau
link : Anjing pun kami selamatkan, kata pengerusi surau

Baca juga


Anjing pun kami selamatkan, kata pengerusi surau


Pengerusi Surau Taman Free School di George Town, Pulau Pinang, Zakaria Malik meluahkan rasa bangganya dengan tindakan bilal dan anggota jawatankuasa surau yang menjadikan tempat itu sebagai perlindungan kepada penduduk sekitar, termasuk orang bukan Islam, di saat banjir melanda.

Terdahulu, gambar mangsa banjir bukan Islam yang berlindung di dalam sebuah surau menjadi tular di laman sosial dan mengundang pelbagai reaksi.

Gambar itu menunjukkan seorang lelaki yang tidak berbaju kesejukan, seorang wanita berseluar pendek paras lutut, manakala yang lain sedang duduk atau berbaring menghilangkan kepenatan mereka.

Walaupun rata-rata memuji tindakan pihak surau, ada juga yang mengecam kerana merasakan surau yang menjadi tempat ibadah orang Islam tidak boleh dimasuki golongan bukan Islam.

Menceritakan semula keadaan genting itu, Zakaria berkata mangsa bergelut dengan arus banjir yang deras kira-kira jam 2 hingga 3 pagi dan hanya diselamatkan ahli kariah surau menggunakan bot tanpa enjin kepunyaan seorang penduduk.

"Kalaulah ketika itu ada yang ambil (dan sebarkan) gambar, barulah mereka yang memberikan komen negatif faham keadaan sebenar mengapa mereka ditempatkan di surau dan ada yang terpaksa membuka baju kerana kesejukan melampau.

"Dalam bergelut dengan air deras, kami lakukan apa yang terdaya. Bukan setakat manusia, anjing pun kami selamatkan dan biarkannya di perkarangan surau sehingga banjir surut," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi.


Menurut Berita Harian Online semalam, bilal surau Sapno Tukijo, 50 tahun, mengakui dirinya mempelawa sejumlah penduduk bukan Islam untuk berlindung dalam surau itu.

Malah, beliau berkata, jumlah sebenar mangsa yang ditempatkan di situ adalah 70 orang, melibatkan masyarakat Cina dan India yang tinggal di sekitar Lengkuk P Ramlee, di George Town.

Permaidani, peralatan rosak

Syed Azmi yang sempat berkunjung ke sana berkata, barang milik surau di tingkat bawah musnah teruk termasuk permaidani yang baru digantikan kira-kira tiga bulan lalu.

"Mereka (penduduk) masih membersihkan surau. Sukarelawan dari anak muda sudah tak ramai kerana sekolah sudah bermula dan peperiksaan SPM, tetapi tetap ada orang.

"Tingkat dua (yang menjadi tempat perlindungan) bukan dewan solat utama, tetapi satu-satunya kawasan yang kering, tinggi dan selamat. Orang Islam pun berlindung di situ, dan mereka hanya tinggal selama dua hari satu malam," katanya menerusi Facebook.

"Saya percaya manusia ingin melalukan perkara yang betul dan terbaik berdasarkan agama mereka, dan surau ini telah melakukannya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Zakaria mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan tentera yang memberi bantuan untuk kerja pembersihan dan makanan kepada penduduk terjejas.

"Kita buktikan pada dunia yang rakyat Malaysia masih boleh bersatu ketika saat memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit," katanya lagi.



Demikianlah Artikel Anjing pun kami selamatkan, kata pengerusi surau

Sekianlah artikel Anjing pun kami selamatkan, kata pengerusi surau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anjing pun kami selamatkan, kata pengerusi surau dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/anjing-pun-kami-selamatkan-kata.html

Subscribe to receive free email updates: