Judul : Anwar bakal jalani pembedahan Ahad ini
link : Anwar bakal jalani pembedahan Ahad ini
Anwar bakal jalani pembedahan Ahad ini
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjalani pembedahan pada 12 November ini susulan kecederaan pada bahunya.
Anak perempuan Anwar, Nurul Nuha berkata, pembedahan yang akan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu perlu dijalankan segera selepas kecederaan pada bahu kanan bapa mereka semakin teruk ekoran terlibat dalam kemalangan pada September lalu.
“Beliau akan menjalani pembedahan ‘arthroscopic’ untuk melegakan kesakitan," katanya dalam sidang media di kediaman keluarganya di Segambut hari ini.
Turut bersama dalam sidang media itu adalah dua lagi anak perempuan Anwar, Nurul Iman dan Nurul Ilham.
Tambah Nurul Nuha, bapa mereka akan dimasukkan ke HKL untuk penilaian pra-pembedahan esok.
Beliau dalam pada itu berkata, keluarganya memberi keyakinan penuh kepada kakitangan perubatan HKL, dan berharap agar kerajaan memberi jaminan semua rawatan perubatan yang diperlukan pemimpin pembangkang itu akan diberi tanpa sebarang campur tangan.
Selain itu, tambahnya, mereka juga mengharapkan Anwar diberi akses sepenuhnya kepada kemudahan pemulihan di hospital memandangkan akses kepada kemudahan tersebut cukup terhad untuk penjagaan selepas pembedahan di Penjara Sungai Buloh.
Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu pada 22 September lalu terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan yang dinaikinya dilanggar kenderaan pengiring dari belakang.
Demikianlah Artikel Anwar bakal jalani pembedahan Ahad ini
Sekianlah artikel Anwar bakal jalani pembedahan Ahad ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar bakal jalani pembedahan Ahad ini dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/anwar-bakal-jalani-pembedahan-ahad-ini.html