Judul : Banjir: Kerugian petani di Kedah, P.Pinang cecah RM27.7 juta
link : Banjir: Kerugian petani di Kedah, P.Pinang cecah RM27.7 juta
Banjir: Kerugian petani di Kedah, P.Pinang cecah RM27.7 juta
THE MALAYSIAN TIMES
PENDANG: Jumlah kerugian yang dialami golongan petani ekoran bencana banjir yang melanda Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini dianggarkan mencecah hingga RM27.7 juta setakat semalam.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata jumlah itu meliputi kerugian RM21,277,125 juta dan RM6,415,148 juta masing-masing di Pulau Pinang dan Kedah.
Di Kedah katanya 2,613 petani dan 4,041 hektar tanaman padi serta sayur-sayuran terjejas dengan bencana itu.
“Di Pulau Pinang pula seramai 5,278 petani terlibat bersama 11,463.8 hektar tanaman padi, buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Pendang dan Mini Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Kedah di Stadium Mini Pendang, dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Suraya Yaacob.
Tajuddin berkata bancian dan penilaian kerugian golongan tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga selesai dan menambah, kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib mereka yang terlibat.
Sebelum ini MOA turut meluluskan peruntukan berjumlah RM10 juta sebagai bantuan awal kepada penternak, petani dan peladang di Pulau Pinang yang terjejas.
Dalam pada itu, Tajuddin berkata pihaknya akan terus meningkatkan pembangunan infrastruktur kawasan jelapang padi di Kedah terutamanya di lebih 100,000 hektar kawasan padi seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Katanya dalam Rancangan Malaysia ke-10, kerajaan telah meluluskan projek naik taraf dan membangunkan tali air di negeri ini secara besar-besaran dengan sejumlah RM2.7 bilion diluluskan untuk projek tersebut.
“Setakat ini kita telah membelanjakan RM250 juta untuk kerja-kerja awal seperti pengambilan tanah dan RM50 juta pula untuk pembinaan tali air.
“Kita menyasarkan purata hasil seekar tanaman padi ditingkatkan dari lima metrik tan seekar kepada lapan hingga 10 metrik tan seekar, supaya pendapatan petani boleh digandakan,” katanya.–Bernama
Demikianlah Artikel Banjir: Kerugian petani di Kedah, P.Pinang cecah RM27.7 juta
Sekianlah artikel Banjir: Kerugian petani di Kedah, P.Pinang cecah RM27.7 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Banjir: Kerugian petani di Kedah, P.Pinang cecah RM27.7 juta dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/banjir-kerugian-petani-di-kedah-ppinang.html