Judul : Dr M boleh senarai kemudahan ditarik balik kerajaan
link : Dr M boleh senarai kemudahan ditarik balik kerajaan
Dr M boleh senarai kemudahan ditarik balik kerajaan
Bekas perdana menteri itu berkata jawatannya sebagai canselor di universiti swasta juga diarah ditarik balik.
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau masih menikmati kemudahan yang diberikan kerajaan kepadanya sebagai bekas perdana menteri, menegaskan kemudahan itu sudah ditarik balik.
Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM berkata, kerajaan turut mengarahkan institusi bukan milik kerajaan yang mempunyai kaitan dengannya menarik balik jawatan yang diberikan kepada beliau sebelum ini.
“Tak betul…saya boleh senarai benda yang ditarik balik. Bahkan benda yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan pun ditarik balik. Dipaksa orang tarik balik. Tak benar itu.
“Saya jadi canselor universiti swasta. Universiti itu diarahkan supaya hentikan saya daripada jadi canselor,” katanya kepada pemberita selepas program bual bicara di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan hari ini berkata pejabat Dr Mahathir dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) serta kediamannya di The Mines Resort City, Selangor selaras dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237).
“Semua perjawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam,” kata JPM berhubung status semasa kemudahan untuk Dr Mahathir.
JPM berkata, perjawatan yang diperuntukkan kepada Dr Mahathir sebanyak 21 perjawatan.
Menurutnya lagi, kerajaan juga menanggung bayaran utiliti di YKP serta kediaman rasmi beliau sehingga kini.
Selain itu, JPM berkata, kerajaan juga menanggung kos bagi bayaran elaun makan dan lain-lain kos kepada juruiring, pengawal peribadi, pegawai perubatan dan penolong pegawai khas bagi lawatan yang dihadiri oleh bekas perdana menteri itu ke luar negara.
Dr Mahathir bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan berkata: “Tak ada, pegawai pengiring dah ditarik balik, UTK (Unit Tindakan Khas) tarik balik, pengiring…pembantu rumah ditukar. Pegawai saya di sini (YKP) ditukar. Dia (kerajaan) hantar orang lain.”
Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun juga sebelum ini menafikan khidmat UTK Dr Mahathir ditarik balik.
Fuzi berkata pihaknya masih mengekalkan anggota UTK bagi mengiring dan mengawal keselamatan Dr Mahathir termasuk di rumah.
“Mana ada UTK (ditarik), polis masih kekalkan anggota UTK untuk Dr Mahathir,” katanya.
Demikianlah Artikel Dr M boleh senarai kemudahan ditarik balik kerajaan
Sekianlah artikel Dr M boleh senarai kemudahan ditarik balik kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr M boleh senarai kemudahan ditarik balik kerajaan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/dr-m-boleh-senarai-kemudahan-ditarik.html