Hina Bugis: Saya sedia dipanggil polis, kata Tun M

Hina Bugis: Saya sedia dipanggil polis, kata Tun M - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hina Bugis: Saya sedia dipanggil polis, kata Tun M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hina Bugis: Saya sedia dipanggil polis, kata Tun M
link : Hina Bugis: Saya sedia dipanggil polis, kata Tun M

Baca juga


Hina Bugis: Saya sedia dipanggil polis, kata Tun M

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia dipanggil polis bagi membantu siasatan ekoran kenyataannya yang menghina masyarakat Bugis sebelum ini.
 
Bekas perdana menteri sekali lagi menegaskan, kenyataan yang dikeluarkannya pada perhimpunan anti-kleptokrasi pada 14 Oktober itu hanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tidak menyentuh mana-mana komuniti Bugis, termasuk Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla.
 
“Polis punya kerja. Polis memang akan buka kertas siasatan. Kalau dipanggil saya memang kena pergilah.
 
“Saya tak kata apa pun kepada Jusof Kalla atau semua orang Bugis. Saya kata Najib sahaja. Saya tak kata apa kepada Jusof Kalla,” katanya kepada pemberita selepas program bual bicaranya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.
 
Sebelum ini, Jusof melahirkan terkejut apabila ceramah Dr Mahathir diselitkan dengan kenyataan yang didakwa menghina orang berketurunan Bugis.
 
Malah pada kelmarin, beliau mendesak Dr Mahathir memohon maaf atas penghinaannya itu.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisoner Fadzil Ahmat sebelum ini berkata, pihak polis membuka 2 kertas siasatan terhadap Dr Mahathir dan siasatan terperinci sedang dijalankan.
 
Dr Mahathir semasa berucap dalam perhimpunan anjuran Pakatan Harapan itu dilaporkan berkata Najib mungkin berasal daripada “lanun Bugis” yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke tanah Bugis.
 
Susulan kenyataan itu, Dewan di-Raja Selangor mahu Dr Mahathir disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948.
 
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini juga menzahirkan rasa kecewa dan murka ekoran tindakan sebilangan pemimpin yang mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.
 
Baginda bertitah, tindakan Dr Mahathir itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.
 
Selain itu, kenyataan berkenaan turut mengundang bantahan Persatuan Perpaduan Rumpus Bugis Melayu Malaysia. 
 
Pada 17 Oktober pula, 2 laporan polis dibuat oleh Persatuan Bugis Johor berhubung kenyataan Dr Mahathir itu.
 
 


Demikianlah Artikel Hina Bugis: Saya sedia dipanggil polis, kata Tun M

Sekianlah artikel Hina Bugis: Saya sedia dipanggil polis, kata Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hina Bugis: Saya sedia dipanggil polis, kata Tun M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/hina-bugis-saya-sedia-dipanggil-polis.html

Subscribe to receive free email updates: