Jangan takut 'hubungan baik' Tun M, Kit Siang - Perwakilan Gerakan Kedah

Jangan takut 'hubungan baik' Tun M, Kit Siang - Perwakilan Gerakan Kedah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan takut 'hubungan baik' Tun M, Kit Siang - Perwakilan Gerakan Kedah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan takut 'hubungan baik' Tun M, Kit Siang - Perwakilan Gerakan Kedah
link : Jangan takut 'hubungan baik' Tun M, Kit Siang - Perwakilan Gerakan Kedah

Baca juga


Jangan takut 'hubungan baik' Tun M, Kit Siang - Perwakilan Gerakan Kedah

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
CHERAS: Seorang perwakilan Gerakan Kedah, Chuah Chong Yong hari ini mengkritik 'hubungan baik' antara Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedangkan kedua-dua pemimpin itu merupakan seteru sebelum ini.
 
Ujarnya, hubungan baik Kit Siang dengan Dr Mahathir seolah-olah mempunyai muslihat tertentu, namun beliau berkata ia bukan sesuatu yang perlu ditakutkan memandangkan 'sejarah' Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kini diketahui umum. 
 
“Tun Mahathir telah selama 30 tahun marah Lim Kit Siang. Kata anti Islam, anti Melayu semua bukan bukan. Serta yang tangkap (Kit Siang) dalam Ops Lalang. Tetapi mereka berpelukan sekali, 'bercium' sekali. 
 
"Mengapa Lim Kit Siang boleh kerjasama dengan Tun? Apa matlamat mereka. Jangan takut! 
 
"Sekarang kita sudah dapat idea. Kita sudah nampak segala muslihat. Apa yang Tun M buat selama ini. Kita tengok siapa yang buat penswastaan, beli balik saham MAS. Ini semua dari pucuk pimpinan yang lalu,” katanya ketika sesi perbahasan sempena Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan yang ke-30 hari ini. 
 
Dr Mahathir ketika pemerintahannya sebelum ini pernah mengarahkan penahanan lebih 100 individu menerusi gerakan yang dinamakan sebagai Operasi Lalang.
 
Kit Siang adalah salah seorang yang turut ditahan dalam operasi tersebut.
 
Operasi Lalang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 27 Okt 1987 dengan menahan individu yang dianggap mengeruhkan politik semasa.
 
Isu berkenaan kembali hangat, apabila sebuah NGO menuntut bekas perdana menteri itu meminta maaf atas penahanan individu-individu berkenaan tanpa bicara semasa operasi yang diadakan 30 tahun lalu itu. 
 
Dalam pada itu Chuah turut mengkritik Kit Siang ekoran dilihat masih enggan 'bersara' sungguhpun sudah menyertai pilihan raya umum selama 50 tahun. 
 
“Lim Kit Siang sudah bertanding selama 50 tahun. Saya nak tanya, adakah dia nak bertanding pada pilihan raya akan datang?  Cukuplah masa untuk bersara!
 
“Bagi orang muda pula. Jangan dia selalu hentam-hentam orang,” katanya.
 
Kit Siang walaubagaimanapun sebelum ini berkali-kali mengumumkan bahawa PRU14 akan menjadi pilihan raya terakhir beliau setelah  berkecimpung di dunia politik selama 51 tahun.
 
Namun beliau tidak menyatakan secara jelas kerusi yang akan ditandinginya.
 
Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Ahli Parlimen Gelang Patah itu akan membuat kemunculan semula di Pulau Pinang, berikutan kekerapannya turun padang dan menyertai aktiviti parti di negeri itu sejak awal tahun ini.
 
 


Demikianlah Artikel Jangan takut 'hubungan baik' Tun M, Kit Siang - Perwakilan Gerakan Kedah

Sekianlah artikel Jangan takut 'hubungan baik' Tun M, Kit Siang - Perwakilan Gerakan Kedah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan takut 'hubungan baik' Tun M, Kit Siang - Perwakilan Gerakan Kedah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/jangan-takut-hubungan-baik-tun-m-kit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :