Judul : Kerajaan akan sekat fahaman ekstremisme, ateis
link : Kerajaan akan sekat fahaman ekstremisme, ateis
Kerajaan akan sekat fahaman ekstremisme, ateis
ANTARAPOSKUALA TERENGGANU: Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) akan menyekat apa sahaja bentuk esktremisme atau pelampau agama supaya ia tidak memberi mudarat kepada rakyat dan negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata Malaysia akan menjadikan asas agama Islam yang berorientasikan kepelbagaian kaum dan agama di negara ini, sekaligus menterjemahkan keunikannya.
Justeru itu, jelas beliau, sifat unik di sebuah negara majmuk seperti Malaysia perlu dihargai memandangkan Islam di negara ini tidak jumud, regit, radikal serta ekstrem sebaliknya ia bersifat
wasatiyyah berasaskan al-Quran.
“Ia tidak sekali-kali beri ruang kepada sebarang bentuk melampau dalam agama. Sama ada sifat radikal atau liberal, asas ini harus dibina oleh Yadim sebagai sebuah pertubuhan dakwah untuk
melahirkan masyarakat khususnya generasi muda yang berpemikiran tasawur Islam dan ilmu Islam berpaksikan akidah,” katanya.
Asyraf berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Sahabat Yadim 2017 di Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Gong Badak dekat sini hari ini.
Demikianlah Artikel Kerajaan akan sekat fahaman ekstremisme, ateis
Sekianlah artikel Kerajaan akan sekat fahaman ekstremisme, ateis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan akan sekat fahaman ekstremisme, ateis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/kerajaan-akan-sekat-fahaman-ekstremisme.html