Kerajaan bayar pampasan pemansuhan tol kepada pengendali lebuh raya tahun depan

Kerajaan bayar pampasan pemansuhan tol kepada pengendali lebuh raya tahun depan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan bayar pampasan pemansuhan tol kepada pengendali lebuh raya tahun depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan bayar pampasan pemansuhan tol kepada pengendali lebuh raya tahun depan
link : Kerajaan bayar pampasan pemansuhan tol kepada pengendali lebuh raya tahun depan

Baca juga


Kerajaan bayar pampasan pemansuhan tol kepada pengendali lebuh raya tahun depan

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membayar pampasan kepada pengendali lebuh raya berhubung langkah pemansuhan kutipan di empat tol di Semenanjung Malaysia.
 
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, bayaran itu akan dibuat bermula tahun depan.
 
Beliau berkata kerajaan perlu menyerap kerugian yang ditanggung oleh syarikat yang terlibat dengan pemansuhan tol seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, untuk manfaat rakyat.
 
Katanya, anggaran pampasan bagi dua tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor berjumlah sekitar RM102 juta setahun, manakala bagi tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dianggarkan RM8 juta.
 
"Kerajaan sentiasa mendengar dan kita juga melihat kepada keupayaan kita untuk memenuhi kehendak rakyat. Sebanyak 155,000 kenderaan menggunakan laluan bertol (Batu Tiga dan Sungai Rasau) setiap hari.
 
"Permintaan (daripada penduduk) telah berlaku agak lama... dan pemimpin dalam Barisan Nasional telah memohon kepada kerajaan untuk memansuhkan dua tol ini," katanya ketika ditemu bual dalam Rancangan Soal Jawab TV3 bertajuk 'Bajet 2018' malam tadi.
 
Johari berkata pampasan bagi pemansuhan kutipan empat tol kepada operator terbabit akan dibayar menggunakan sumber kerajaan.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat minggu lalu, mengumumkan pemansuhan kutipan empat tol, termasuk di Eastern Dispersal Link (EDL), Johor, mulai 1 Januari 2018.
 
Johari menjelaskan kerajaan kini dalam perbincangan dengan pihak pengendali lebuh raya tersebut.
 
"Kita kini di peringkat akhir perbincangan dan kita perlu membayar (pampasan) kerana kerajaan mengambil alih aset dan kutipan tol mereka. Kita perlu membayar balik tetapi ini semua untuk rakyat," katanya.
 
UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, merupakan pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd (PLUS), pengendali lebuh raya tol terbesar di Malaysia termasuk tol Batu Tiga, Sungai Rasau dan Bukit Kayu Hitam, manakala Malaysian Resources Corporation Bhd adalah syarikat konsesi yang mengendalikan Lebuhraya EDL.
 
 


Demikianlah Artikel Kerajaan bayar pampasan pemansuhan tol kepada pengendali lebuh raya tahun depan

Sekianlah artikel Kerajaan bayar pampasan pemansuhan tol kepada pengendali lebuh raya tahun depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan bayar pampasan pemansuhan tol kepada pengendali lebuh raya tahun depan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/kerajaan-bayar-pampasan-pemansuhan-tol.html

Subscribe to receive free email updates: