Lelaki dakwa miliki 60 rakaman perbualan 'seks untuk kerja' libatkan bekas pemimpin MIC

Lelaki dakwa miliki 60 rakaman perbualan 'seks untuk kerja' libatkan bekas pemimpin MIC - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki dakwa miliki 60 rakaman perbualan 'seks untuk kerja' libatkan bekas pemimpin MIC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki dakwa miliki 60 rakaman perbualan 'seks untuk kerja' libatkan bekas pemimpin MIC
link : Lelaki dakwa miliki 60 rakaman perbualan 'seks untuk kerja' libatkan bekas pemimpin MIC

Baca juga


Lelaki dakwa miliki 60 rakaman perbualan 'seks untuk kerja' libatkan bekas pemimpin MIC

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Dakwaan 'seks untuk kerja' semakin hangat, apabila seorang lelaki tampil mendedahkan dirinya memiliki 60 rakaman perbualan milik bekas pemimpin cawangan MIC yang dikaitkan dalam isu tersebut.  
 
Dalam satu video yang tersebar di aplikasi Whatsapp, lelaki itu turut mendakwa dirinya 'berpakat' dengan ibu kepada remaja yang menjadi mangsa 'seks untuk kerja' itu, dalam usaha mengumpulkan bahan bukti. 
 
"Remaja itu sukar mendapatkan pekerjaan walaupun sudah pergi ke 20-30 temuduga. Ketika inilah keluarganya bertemu dengan tertuduh yang berjanji untuk membantu," katanya dalam bahasa Tamil.
 
Dakwanya lagi, pada kali pertama tertuduh membuat tawaran kepada ibu remaja itu sebagai tukaran untuk mendapat kerja, ia ditolak wanita berkenaan. 
 
Namun, lelaki itu mendakwa dia telah meyakinkan wanita itu untuk terus berhubung dengan tertuduh bagi mengumpul bahan bukti tentang salah lakunya.
 
Sepanjang tiga minggu lalu, katanya lagi, 'perangkap' dipasang dan setiap perbualan dengan tertuduh dirakam.
 
Isu 'seks untuk kerja' mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu susulan tersebarnya rakaman perbualan tersebut.
 
Tertuduh yang berusia 56 tahun dilapor menjanjikan pekerjaan kepada seorang remaja, dan sebagai tukaran, remaja itu perlu menyerahkan tubuhnya.
 
Dalam rakaman audio berdurasi 8 minit 49 saat itu, lelaki terbabit mendakwa pernah membantu ramai gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat pekerjaan, selepas mereka mengadakan hubungan seks dengannya.
 
Tertuduh yang juga seorang guru dikatakan telah meletakkan jawatan dalam parti selepas rakaman perbualannya tersebar.
 
Sejumlah laporan polis juga dibuat anggota MIC dari seluruh negara mendesak siasatan terhadap tertuduh.
 
Bendahari Agung MIC Datuk Seri S. Vell Paari semalam mengesahkan tertuduh sudah keluar parti susulan dakwaan itu.
 
Dalam kenyataannya semalam, Vell Paari turut menggesa pihak polis untuk segera menahan tertuduh, selain meminta pihak berkuasa untuk segera memohon perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan, memandangkan laporan polis telah dibuat terhadap individu berkenaan.
 
Vell Pari juga menggesa pemimpin dan anggota parti agar tidak campur tangan dalam kes itu dan memberi sepenuh kepercayaan kepada polis dan pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.
 
Bagi pihak mangsa pula, Vell Pari berkata beliau juga akan membantu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said untuk memastikan mangsa dan keluarga mereka mendapat bantuan perundangan dan sokongan yang diperlukan.
 
 


Demikianlah Artikel Lelaki dakwa miliki 60 rakaman perbualan 'seks untuk kerja' libatkan bekas pemimpin MIC

Sekianlah artikel Lelaki dakwa miliki 60 rakaman perbualan 'seks untuk kerja' libatkan bekas pemimpin MIC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki dakwa miliki 60 rakaman perbualan 'seks untuk kerja' libatkan bekas pemimpin MIC dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/lelaki-dakwa-miliki-60-rakaman.html

Subscribe to receive free email updates: