Menteri: Tolak bajet sama seperti tolak bantuan banjir

Menteri: Tolak bajet sama seperti tolak bantuan banjir - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri: Tolak bajet sama seperti tolak bantuan banjir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri: Tolak bajet sama seperti tolak bantuan banjir
link : Menteri: Tolak bajet sama seperti tolak bantuan banjir

Baca juga


Menteri: Tolak bajet sama seperti tolak bantuan banjir

MALAYSIAKINI



PARLIMEN | Dengan menolak Bajet 2018, pembangkang seolah-olah tidak setuju dengan usaha kerajaan persekutuan untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat, hari ini.

Begitulah tafsiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berhubung tindakan Pakatan Harapan (HARAPAN) semalam dalam undian belah bahagi, semalam.

Shahidan menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) sama ada kerajaan merancang untuk memperuntukkan RM2 bilion dari dana luar jangka kepada Pulau Pinang.

"(Anda) memohon peruntukan tambahan luar jangka, tetapi kenapa tak sokong semalam? Bukan sahaja menentang, tetapi buat (pengundian) belah bahagi.

"Saya kesal wakil rakyat pembangkang semalam menentang Bajet 2018, yang termasuk untuk membantu mangsa banjir. Jadi mangsa banjir ini tidak dapat sokongan pembangkang," katanya ketika sesi soal jawab menteri.

Najib ketika melawat negeri itu berkata, 13 projek tebatan banjir bernilai RM1 bilion sudah dikenalpasti dan kerajaan pusat sebelum ini sudah meluluskan peruntukan RM150 juta untuk projek itu.

Kesan projek pembangunan

Terdahulu, Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) bertanya tentang kemungkinan ada punca lain terhadap banjir di negeri itu, selain hujan lebat luar biasa dan fenomena pasang surut air.

"Apa punca banjir besar yang berlaku? Walaupun kita tahu hujan lebat dan fenomena air luar biasa, ia turut berlaku di negeri lain tetapi kesannya tidak seburuk Pulau Pinang," katanya.

Menjawab soalan itu, Shahidan memetik dua ayat Quran, iaitu ayat 182 surah Ali-Imran dan ayat 41 surah Ar-Rum.

Kedua-dua ayat tersebut menceritakan tentang balasan Tuhan akibat perbuatan manusia yang menyebabkan kerosakan kepada bumi.

" Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat," katanya memetik surah Ar-Rum.

Katanya lagi, projek pembangunan selepas tahun 2008 memusnahkan oksistem dan ekologi negeri itu, terutama pembangunan di lereng bukit dan penambakan laut.

"Didapati infrastruktur seperti perparitan dan saliran tidak dinaiktaraf seiring dengan pembangunan, tidak dapat menampung kapasiti yang semakin meningkat," katanya lagi.

Kira-kira dua minggu sebelum banjir itu, berlaku tanah runtuh di tapak projek di Tanjung Bungah, yang mengorbankan 11 nyawa.

LIHAT VIDEO DI SINI
 
 




Demikianlah Artikel Menteri: Tolak bajet sama seperti tolak bantuan banjir

Sekianlah artikel Menteri: Tolak bajet sama seperti tolak bantuan banjir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri: Tolak bajet sama seperti tolak bantuan banjir dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/menteri-tolak-bajet-sama-seperti-tolak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :