Judul : MP Kerajaan, pembangkang bergabung jayakan misi Rohingya
link : MP Kerajaan, pembangkang bergabung jayakan misi Rohingya
MP Kerajaan, pembangkang bergabung jayakan misi Rohingya
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Meskipun berbeza pandangan dalam politik, ia tidak menghalang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang bersatu membantu misi kemanusiaan Rohingya di Bangladesh.
Justeru, lapan Ahli Parlimen BN dan empat daripada pembangkang mengetepikan perbezaan ideologi bagi menjayakan misi berkenaan.
Memetik laporan BH Online, misi yang akan disertai 12 Ahli Parlimen itu akan berlepas ke Bangladesh, pada Jumaat ini.
Bantuan berupa barangan asas seberat 25 tan hasil sumbangan syarikat multinasional Halal di Malaysia akan diterbangkan ke Bangladesh untuk membantu meringankan beban ditanggung pelarian Rohingya di sana.
Sumbangan itu, sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Halal (HDC) yang dikenali sebagai 'Misi Kemanusiaan Halal Malaysia Untuk Pelarian Rohingya di Bangladesh'.
Hadir melancarkan misi kemanusiaan itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di perkarangan Parlimen, hari ini.
Dengan keprihatinan syarikat berkenaan menaja misi itu, Ahmad Zahid berterima kasih kepada mereka yang tampil membantu memberi sumbangan barangan keperluan asas bagi meringankan penderitaan etnik Rohingya di Bangladesh.
Beliau turut mengumumkan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee akan mengetuai rombongan misi kemanusiaan Rohingya ke Bangladesh yang akan berlepas ke Bangladesh, Jumaat ini.
"Beliau bersama dengan 12 lagi ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang akan ke kem pelarian Kutupalong di Cox's Bazaar, Bangladesh pada lusa ini," katanya.
Turut hadir adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin serta wakil syarikat penaja.
Demikianlah Artikel MP Kerajaan, pembangkang bergabung jayakan misi Rohingya
Sekianlah artikel MP Kerajaan, pembangkang bergabung jayakan misi Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MP Kerajaan, pembangkang bergabung jayakan misi Rohingya dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/mp-kerajaan-pembangkang-bergabung.html