Pakar: Mengehadkan pakar Islam asing bantut pembangunan intelek

Pakar: Mengehadkan pakar Islam asing bantut pembangunan intelek - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakar: Mengehadkan pakar Islam asing bantut pembangunan intelek, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakar: Mengehadkan pakar Islam asing bantut pembangunan intelek
link : Pakar: Mengehadkan pakar Islam asing bantut pembangunan intelek

Baca juga


Pakar: Mengehadkan pakar Islam asing bantut pembangunan intelek


 
Keputusan pakar Islam dari Amerika Syarikat untuk tidak datang ke Malaysia menunjukkan negara diperintah mereka yang tidak menghargai pembangunan intelek.


Azmi-Sharom-akyol


KUALA LUMPUR: Menggunakan undang-undang untuk mengehadkan cendekiawan luar negara daripada berbicara mengenai Islam akan merencatkan pembangunan intelek di negara ini, kata Pengerusi Persatuan Akademik Universiti Malaya Prof Azmi Sharom.

“Apabila kamu tidak menghargai pembangunan intelek, kamu sebenarnya tidak patriotik dan menghancurkan negara ini.”

Azmi menjawab laporan hari ini bahawa seorang ahli akademi Amerika Syarikat terkemuka membatalkan kunjungan ke Malaysia selepas mendapat tahu pengalaman penulis warga Turki, Mustafa Akyol di sini.

Akyol, yang datang ke Malaysia untuk menyampaikan kuliah, ditahan dan disoal oleh pihak berkuasa agama kerana disyaki bercakap mengenai Islam tanpa tauliah rasmi.

Beliau mendakwa dirinya dibebaskan hanya selepas campurtangan bekas presiden Turki Abdullah Gul, yang menghubungi kerabat diraja di Malaysia bagi menyelesaikan kejadian itu.

Prof Asma Afsaruddin dari Universiti Indiana diundang Islamic Renaissance Front (IRF) ke Malaysia untuk bercakap mengenai subjek bukunya, The First Muslims: History and Memory (Orang Islam Generasi Pertama: Sejarah dan Kenangan).

Beliau membatalkan undangan itu kerana khuatir akan keselamatan dirinya selepas dimaklumkan oleh Akyol sendiri apa yang dialaminya di sini dan pengharaman bukunya.

“Keputusan beliau untuk tidak datang menunjukkan negara ini diperintah dan ditadbir oleh mereka yang tidak menghargai pembangunan intelek,” kata Azmi.

Beliau berkata demikian di wacana pelancaran buku Lim Teck Ghee, Challenging Malaysia’s Status Quo (Mencabar Status Quo di Malaysia), di Pusat Arbitrasi Serantau Kuala Lumpur hari ini. Lim ialah ketua kesekutif di Pusat Inisiatif Dasar.

Bekas penjawat awam dan anggota kumpulan tokoh Melayu G25, Tan Sri Mohd Sheriff Kassim, yang turut hadir di acara itu berkongsi pandangannya.

Beliau berkata takrif yang digunakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bermaksud seseorang yang terlibat dalam perbincangan sekitar perkara mengenai Islam, termasuk petikan daripada Al-Quran, hadis atau sarjana Islam, maka orang itu perlukan tauliah.

“Takrif itu sangat berbahaya untuk kebebasan bersuara. Mereka yang terlibat dalam dunia penyelidikan, pendidikan dan kesarjanaan kini kebimbangan,” kata Sheriff.

Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim turut membantah sikap kerajaan yang tidak mengalu-alukan kehadiran ahli akademi atau cendekiawan untuk berkongsi perspektif berkenaan isu sekitar perkara mengenai Islam.

“Ini sebuah negara Islam yang unik di mana mereka tidak mengalu-alukan jenis ahli akademi dan cendekiawan yang tidak boleh diarah atau dikawal,” kata Zaid.

“Mengapa ambil risiko dihantar pulang atau dimalukan?”

Beliau menjangkakan lebih ramai ahli akademi tidak mahu ke negara ini pada masa depan atas sebab yang sama.


Demikianlah Artikel Pakar: Mengehadkan pakar Islam asing bantut pembangunan intelek

Sekianlah artikel Pakar: Mengehadkan pakar Islam asing bantut pembangunan intelek kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pakar: Mengehadkan pakar Islam asing bantut pembangunan intelek dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/pakar-mengehadkan-pakar-islam-asing.html

Subscribe to receive free email updates: