Parti politik kerah jentera bantu Pulau Pinang

Parti politik kerah jentera bantu Pulau Pinang - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Parti politik kerah jentera bantu Pulau Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Parti politik kerah jentera bantu Pulau Pinang
link : Parti politik kerah jentera bantu Pulau Pinang

Baca juga


Parti politik kerah jentera bantu Pulau Pinang


PAS menggerakkan semua jentera parti yang berkaitan bagi membantu kerajaan Pulau Pinang ketika negeri itu berdepan bencana banjir sekarang.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pertubuhan Khidmat Malaysia, Jabatan Amal Malaysia dan jentera parti itu diarah membantu semua mangsa yang terlibat.

"Dalam situasi genting sebegini, semua pihak perlu mengetepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Tuan Ibrahim yang kini menjalankan tugas presiden PAS berkata parti itu berharap semua pihak bersabar dan mengutamakan keselamatan.


Pulau Pinang berdepan dengan hujan lebat berterusan dan angin kencang sejak semalam, dipercayai antara lain kesan taufan Damrey yang melanda Vietnam sebelum ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sudah berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi awal pagi tadi.

Ahmad Zahid dilaporkan berjanji untuk mengarahkan anggota tentera untuk membantu usaha menyelamat di negeri berkenaan.

Buka bilik gerakan banjir

Kata Lim kejadian yang berlaku kini adalah sesuatu yang tidak pernah dialami negeri berkenaan.

Tuan Ibrahim berkata bencana kemanusiaan merupakan suatu musibah yang boleh menimpa di mana-mana saja dan kepada sesiapa sahaja.

"Kepada Allah kita berserah dan kepada Allah kita mohon pertolongan," katanya.

Turut mengambil tindakan sama ialah Parti Amanah Negara (AMANAH).


Presidennya Mohamad Sabu berkata semua anggota dan penyokong parti itu terutama sukarelawan ARiF diminta menggerakkan bantuan semaksimum mungkin pada kadar segera.

Kayanya mereka diminta memberikan kerjasama penuh kepada agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berkaitan.

"Saya juga telah menghubungi AMANAH Pulau Pinang dan Biro Kebajikan, Kemanusiaan dan Bencana Alam AMANAH Nasional bagi menyelaraskan gerak kerja misi bantuan ini.

"Sehingga kini, saya dimaklumkan bahawa AMANAH telah membuka bilik gerakan banjir di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Dua dan Pusat Khidmat kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

"Bantuan kepada mangsa banjir juga sedang giat dijalankan oleh petugas AMANAH," katanya.



BN Pulau Pinang turut bertindak menghulurkan bantuan hari ini.

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata banjir yang dialami kini ialah bencana besar selepas tsunami yang melanda sesetengah kawasan pada 2004.

"Kami akan cuba sedaya upaya untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah banjir," katanya.

Menurut Teng beliau berhubung dengan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainol Abidin Osman, dan meminta supaya satu pasukan petugas khas bagi merancang pelan induk tebatan banjir dan sistem perparitan yang komprehensif dibentuk.

"Pasukan petugas ini juga harus melibatkan agensi-agensi kerajaan negeri yang berkaitan dengan hal-ehwal pengendalian masalah banjir.

"Prosedur operasi standard (SOP) untuk bantuan banjir kerajaan negeri juga harus dikaji semula dan dikemas kini memandangkan corak cuaca yang berubah dan teknologi komunikasi terkini," katanya.

Buat masa ini kata Teng BN Pulau Pinang membentuk pasukan khas untuk melawat semua daerah bagi mengumpul maklum balas daripada semua agensi dan badan-badan komuniti setempat demi memperkemaskan SOP kecemasan dan bantuan ketika banjir dan malapetaka lain," katanya.



Demikianlah Artikel Parti politik kerah jentera bantu Pulau Pinang

Sekianlah artikel Parti politik kerah jentera bantu Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Parti politik kerah jentera bantu Pulau Pinang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/parti-politik-kerah-jentera-bantu-pulau.html

Subscribe to receive free email updates: