Pemimpin pembangkang Melayu Johor sedia duduk berbincang dengan Umno

Pemimpin pembangkang Melayu Johor sedia duduk berbincang dengan Umno - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin pembangkang Melayu Johor sedia duduk berbincang dengan Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin pembangkang Melayu Johor sedia duduk berbincang dengan Umno
link : Pemimpin pembangkang Melayu Johor sedia duduk berbincang dengan Umno

Baca juga


Pemimpin pembangkang Melayu Johor sedia duduk berbincang dengan Umno

MALAYSIAKINI



Pemimpin pembangkang Melayu Johor bersedia untuk mengetepikan perbezaan antara mereka dan Umno, dan duduk bersama untuk membincangkan isu-isu mengenai kepentingan orang Melayu.

Ini adalah selaras dengan saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya mereka berbuat sedemikian dengan berlapang dada.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Shaharuddin Md Salleh; Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin; dan Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim, semuanya menyatakan kesediaan mereka untuk duduk bersama bagi mengadakan perbincangan itu.

"Kami tiada masalah, kami sedia sahut saranan Tuanku Sultan," kata Abdullah ketika ditanya sama ada beliau bersedia duduk bersama Umno dan parti serpihan PAS, AMANAH.

Begitu juga dengan Shaharuddin yang berkata BERSATU sedia berbincang dengan semua parti, NGO dan kumpulan berkepentingan lain.

Bagi Salahuddin, perbincangan seperti itu akan membuka peluang kepada para pemimpin untuk membincangkan isu-isu negara tanpa dipengaruhi oleh politik.

"Kita banyak kali cuba bersama bincang isu negara tetapi kadang-kadang jadi isu politik yang melampau. Itu satu budaya yang tidak patut kita amalkan," kata pemimpin AMANAH itu.

Bagi Hassan, yang terbuka terhadap perbincangan seumpama itu, percaya ia bukan sekadar isu perpaduan orang Melayu sahaja.

"Negara kita berbilang kaum. Maknanya bukan isu perpaduan Melayu sahaja. Tetapi perpaduan untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

Dalam satu kenyataan sempena hari keputeraan baginda ke-59, Sultan Ibrahim melahirkan rasa kebimbangan baginda terhadap kemelut yang menghantui orang Melayu pada masa ini dan menasihati semua pemimpin Melayu untuk bersama berbincang masalah bangsa dengan cara bermuafakat dan berlapang dada.

Baginda bertitah sebagai raja yang telah berjanji dan berikrar untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam maka baginda tidak akan membiarkan krisis perebutan kuasa antara pemimpin Melayu terus berlaku hingga membuatkan orang Melayu berpecah belah dan menjadi lemah.



Demikianlah Artikel Pemimpin pembangkang Melayu Johor sedia duduk berbincang dengan Umno

Sekianlah artikel Pemimpin pembangkang Melayu Johor sedia duduk berbincang dengan Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin pembangkang Melayu Johor sedia duduk berbincang dengan Umno dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/pemimpin-pembangkang-melayu-johor-sedia.html

Subscribe to receive free email updates: