Ramai ahli DAP tak puas hati, tak mustahil pemilihan CEC diadakan sekali lagi - Penganalisis

Ramai ahli DAP tak puas hati, tak mustahil pemilihan CEC diadakan sekali lagi - Penganalisis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramai ahli DAP tak puas hati, tak mustahil pemilihan CEC diadakan sekali lagi - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramai ahli DAP tak puas hati, tak mustahil pemilihan CEC diadakan sekali lagi - Penganalisis
link : Ramai ahli DAP tak puas hati, tak mustahil pemilihan CEC diadakan sekali lagi - Penganalisis

Baca juga


Ramai ahli DAP tak puas hati, tak mustahil pemilihan CEC diadakan sekali lagi - Penganalisis

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 12 November lalu perlu membuat aduan dan laporan secara terus kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
 
Penganalisis politik, Dr Salawati Mat Basir berkata, rungutan dan aduan sahaja tidak akan membantu mereka untuk menyelesaikan isu tersebut, malah tindakan tidak akan dapat diambil sekiranya tiada laporan rasmi dibuat.
 
"Mesti ada tindakan beserta bukti supaya kita dapat buktikan.
 
"Rungutan secara merungut sahaja dan tidak ada tindakan, maka tidak boleh buat apa-apa, kalau dia merungut, maknanya dia kena buat laporan kepada RoS dan menyatakan di mana yang tidak jelas, atau apakah prosedur yang tidak diikuti itu.
 
"Jadi itu penting, kalau dapat dibuktikan maka kemungkinan besar akan ada arahan daripada RoS kepada DAP untuk menjernihkan suasana," katanya kepada Antarapos.
 
Terdahulu, ramai ahli DAP mempertikai keputusan pada pemilihan semula CEC yang telah diadakan pada 12 November lalu.
 
Terbaru, sekumpulan ahli parti berkenaan mendakwa pemilihan itu sebagai tidak telus.
 
Wakilnya yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Taman Ehsan, Klang, L Pannerselvam berkata, ia lebih-lebih lagi apabila proses pengiraan undi dibuat dalam bilik tertutup berjam lamanya, sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan ahli parti kemungkinan berlaku manipulasi undi.
 
Malah dakwanya, mungkin ada perkara yang cuba disembunyikan apabila wakil calon tidak dibenarkan melihat proses pengiraan undi.
 
Sebelum itu, ada juga perwakilan parti itu yang mendakwa mereka tidak menerima notis mengenai pemilihan semula  dan tidak berpuas hati dengan senarai calon yang bertanding untuk menduduki 20 jawatan dalam CEC itu.
 
Mengulas lanjut, Salawati tidak menolak kemungkinan pemilihan semula CEC diadakan sekali lagi sekiranya ramai ahli tidak berpuas hati dengan keputusan terbaru itu.
 
"Memang berkemungkinan besar (pemilihan CEC sekali lagi) untuk terjadi, kalau ada yang membuat aduan kepada RoS dan menyatakan rasa tidak puas hati," ujarnya.
 
DAP pada 12 November lalu mengadakan pemilihan semula CEC dengan dikendalikan badan audit bebas, Grant Thornton.
 
Pemilihan semula itu diadakan atas arahan RoS kerana pertubuhan itu tidak mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.
 
Keputusan pemilihan terbaru itu menyaksikan anak-beranak Lim kekal dalam senarai 20 jawatankuasa tertinggi parti itu.
 
Lim Kit Siang juga kekal menjadi Ketua Parlimen, manakala anaknya, Lim Guan Eng turut berjaya mempertahankan jawtannya sebagai Setiausaha Agung.
 
Bagaimanapun, dalam pemilihan semula itu, hanya 1,376 daripada 2,576 perwakilan yang layak mengundi hadir.
 
Kehadiran kira-kira 53 peratus itu jauh merosot berbanding 1,725 perwakilan yang mengundi bagi pemilihan semula CEC parti itu pada 2013.
 
 


Demikianlah Artikel Ramai ahli DAP tak puas hati, tak mustahil pemilihan CEC diadakan sekali lagi - Penganalisis

Sekianlah artikel Ramai ahli DAP tak puas hati, tak mustahil pemilihan CEC diadakan sekali lagi - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramai ahli DAP tak puas hati, tak mustahil pemilihan CEC diadakan sekali lagi - Penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/ramai-ahli-dap-tak-puas-hati-tak.html

Subscribe to receive free email updates: