Judul : Tak hadir undi belah bahagi tindakan memalukan, khianat mandat rakyat - Penganalisis
link : Tak hadir undi belah bahagi tindakan memalukan, khianat mandat rakyat - Penganalisis
Tak hadir undi belah bahagi tindakan memalukan, khianat mandat rakyat - Penganalisis
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Tindakan 80 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada pengundian belah bahagi rang undang-undang perbekalan (Bajet 2018) peringkat jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunanaan (KPDNKK) pada Isnin lalu dianggap sebagai sesuatu perkara yang memalukan.
Penganalisis politik, Dr Jeneri Amir berkata ia sekali gus memberikan gambaran yang tidak baik kepada rakyat lebih-lebih lagi apabila Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan tidak lama lagi.
"Adalah amat memalukan kalau sebagai contoh mereka tewas dari segi jumlah undi itu semata-mata kerana jumlah mereka di dalam dewan rakyat kurang daripada jumlah Ahli Parlimen pembangkang.
"Ini sekaligus memberi gambaran yang kurang baik kepada pengundi di kawasan mereka dan rakyat pada keseluruhannya," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Tedahulu pada Isnin, seramai 80 anggota parlimen BN tiada di Dewan Rakyat sehingga menyebabkan Bajet 2018 untuk KPDNKK hampir tidak lulus di peringkat jawatankuasa.
Namun, bajet tersebut akhirnya diluluskan dengan satu undi majoriti, iaitu 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah.
Manakala, dua anggota parlimen dari PAS pula berkecuali.
Ia selepas Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan membuat kejutan dengan mengusulkan undi belah bahagi diadakan bagi perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2018 KPDNKK.
Susulan ketidakhadiran dengan jumlah yang besar itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan dalaman akan diambil terhadap kesemua 80 anggota parlimen berkenaan.
Mengulas lanjut Jeneri berkata, sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab bagi kesemua Ahli Parlimen untuk menghadirkan diri ke sidang dewan rakyat, bukan sahaja untuk berdebat malah lebih penting ketika ia melibatkan undian di antara kerajaan dan pembangkang.
Ujarnya, rakyat mengharapkan wakil rakyat yang dipilih untuk mengambil serius terhadap segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka pada PRU lepas.
Justeru katanya, tindakan Ahli Parlimen yang tidak menghadirkan diri pada sesi pengundian tersebut seakan menunjukkan ketidak-seriusan mereka dalam melunaskan apa yang telah diamanahkan oleh rakyat.
"Rakyat mengharapkan wakil rakyat mereka mengambil serius terhadap segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh mereka melalui rakyat dan pilihan raya.
"Maksudnya mereka mengharapkan supaya wakil rakyat dan Ahli Parlimen mengambil serius terhadap hal-hal yang di dalam perbincangan, perdebatan dan hal-hal berkaitan kemukaan usul atau pengundian di dalam dewan rakyat.
"Ini sesuatu yang kritikal sebenarnya, amat penting dan kita berharap tidak berulang lagi selepas peringatan diberikan oleh TPM," katanya lagi.
Demikianlah Artikel Tak hadir undi belah bahagi tindakan memalukan, khianat mandat rakyat - Penganalisis
Sekianlah artikel Tak hadir undi belah bahagi tindakan memalukan, khianat mandat rakyat - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tak hadir undi belah bahagi tindakan memalukan, khianat mandat rakyat - Penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/tak-hadir-undi-belah-bahagi-tindakan.html