Judul : TPPA diteruskan tanpa AS, kata PM
link : TPPA diteruskan tanpa AS, kata PM
TPPA diteruskan tanpa AS, kata PM
ANTARAPOSDA NANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh diteruskan tanpa Amerika Syarikat (AS) sambil menambah semua 11 negara anggota boleh memuktamadkan perjanjian perdagangan itu di Da Nang (Vietnam).
“Saya yakin dan agak optimistik kita boleh memuktamadkan perjanjian itu. Sebelas negara anggota yang diketuai Jepun, akan berusaha untuk menghasilkan versi kita.
“Banyak kemajuan yang dicatatkan. Menteri-menteri dan para pegawai kita telah bekerja keras dan kita mengadakan mesyuarat yang berakhir sehingga 3 pagi hari ini,” kata Najib semasa sesi panel di Sidang Kemuncak CEO Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2017 di Da Nang.
Mesyuarat TPPA dijadual disambung semula hari ini.
“Sudah tentulah, ada proses yang perlu diselesaikan, tetapi sekurang-kurangnya kita berjaya menyelamatkan perjanjian perdagangan bebas yang penting bagi masa depan APEC,” katanya.
Rundingan TPPA diadakan di luar acara Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC yang sedang berlangsung sekarang sejak 6 November.
Dalam pada itu Najib berkata beliau percaya TPPA adalah cara terbaik untuk menjana kekayaan dan mewujudkan kedudukan sama-sama menang bagi setiap orang.
Demikianlah Artikel TPPA diteruskan tanpa AS, kata PM
Sekianlah artikel TPPA diteruskan tanpa AS, kata PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TPPA diteruskan tanpa AS, kata PM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/tppa-diteruskan-tanpa-as-kata-pm.html