Wanita hayun pengunci stereng didenda RM3,000

Wanita hayun pengunci stereng didenda RM3,000 - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita hayun pengunci stereng didenda RM3,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita hayun pengunci stereng didenda RM3,000
link : Wanita hayun pengunci stereng didenda RM3,000

Baca juga


Wanita hayun pengunci stereng didenda RM3,000

 
Lew Yoke Peng menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menghalang tugas penguatkuasa MPSJ menjalankan tugas.


Lew-Yoke-Peng-Penguatkuasa-MPSJ-Nor-Safuan-Noordin

PETALING JAYA: Seorang wanita yang rakaman videonya memarahi seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil mengacukan pengunci stereng kereta tular di laman sosial baru-baru ini, didenda RM3,000 atau penjara 3 bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Lew Yoke Peng, 43, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu Penguatkuasa MPSJ, Nor Safuan Noordin, 31, daripada menjalankan tugasnya di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, Puchong pada 1 tengah hari, 6 September lepas.

Bekas akauntan itu didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kerana kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius malah menghina undang-undang negara ini.

“Oleh itu, perlu satu bentuk hukuman yang dapat memberikan pengajaran ke atas tertuduh dan masyarakat agar tidak mencabar penguat kuasa dalam menjalankan tugas mereka,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Lim Chi Chau merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dijatuhkan hukuman berbentuk denda sahaja dengan alasan sepanjang tempoh pemenjaraan tertuduh telah insaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatannya lagi.

“Tertuduh juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjaga suaminya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi mendapatkan rawatan daripada hospital lebih daripada 2 kali seminggu di samping menanggung ibu bapa yang uzur,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh melakukan kesalahan meletak kereta di tempat letak kereta yang dikhususkan untuk OKU menyebabkan keretanya ditunda oleh pihak penguat kuasa MPSJ.

Kerana berang dengan tindakan pihak penguat kuasa MPSJ itu, tertuduh terus menjerit-jerit sambil memegang pengunci stereng kereta dan memarahi pegawai penguat kuasa yang bertugas.

Video rakaman yang menunjukkan wanita tersebut memegang pengunci stereng dan menjerit-jerit kepada penguat kuasa MPSJ itu tular di media sosial baru-baru ini.

Pada 30 Oktober lepas, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 hari oleh Mahkamah Majistret kerana menghina mahkamah dengan cara menjerit dan mengingkari arahan Majistret Nurulhuda Zakariya.



Demikianlah Artikel Wanita hayun pengunci stereng didenda RM3,000

Sekianlah artikel Wanita hayun pengunci stereng didenda RM3,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita hayun pengunci stereng didenda RM3,000 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/wanita-hayun-pengunci-stereng-didenda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :