Judul : Yeop Adlan Che Rose : Masuk DAP Sebab Mahu Bertanding Di Pulau Pinang ?
link : Yeop Adlan Che Rose : Masuk DAP Sebab Mahu Bertanding Di Pulau Pinang ?
Yeop Adlan Che Rose : Masuk DAP Sebab Mahu Bertanding Di Pulau Pinang ?
Bekas diplomat Datuk Yeop Adlan Che Rose, 74, dilaporkan telah keluar PAS untuk menyertai DAP kerana berminat bertanding di salah satu kerusi di Pulau Pinang.
Kemasukan Yeop Adlan ke DAP telah dipublisiti secara meluas oleh organ parti itu dalam program Helo Roket pada 2 November lalu.
Dalam program itu, Yeop Adlan memuji Kerajaan DAP Pulau Pinang yang disifatkan sebagai bersih
“Lima puluh tahun dipegang oleh BN, apa dia buat? Tak ada perancangan, kelam kabut, sesak…terutamanya tempat makan dengan tikusnya, kotor, masyhur dengan bau sampah.”
“(DAP) Ambil 2 penggal sahaja, tengok, sudah bersih,”katanya sebelum berlakunya tragedi banjir teruk yang melanda negeri itu.
Keluarga Yeop Adlan tidak asing dengan DAP. Bapanya pernah menjadi calon mewakili DAP di kerusi Alor Pongsu pada pilihan raya 1974.
Menurut blog hajihassanomar, Yeop Adlan masuk DAP disebabkan kekecewaan tidak dicalonkan sebagai calon PAS selepas tewas di Parlimen Hulu Langat pada PRU 2004.
“P101 Hulu Langat pada PRU-1999 ditandingi oleh PKR dan kalah. PAS ambil kawasan ini pada PRU 2004 dan Yeop Adlan bertanding tapi kalah. Nak bertanding atas tiket PAS mesti jadi ahli PAS. Jadi Yeop Adlan menyertai PAS.
“PRU-2008 PAS tukar calon Yeop Adlan diganti dengan Dr. Che Rosli Bin Che Mat, pakar nuklear dan menang dan seturusnya menang juga pada PRU 2013.
“Bila tak dicalonkan pada 2008, Datuk Yeop Adlan Che Rose telah jadi TUKANG POSTER DAP untuk calon Teo Nie Ching P102 Serdang Selangor,”dakwa blog itu.
Demikianlah Artikel Yeop Adlan Che Rose : Masuk DAP Sebab Mahu Bertanding Di Pulau Pinang ?
Sekianlah artikel Yeop Adlan Che Rose : Masuk DAP Sebab Mahu Bertanding Di Pulau Pinang ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Yeop Adlan Che Rose : Masuk DAP Sebab Mahu Bertanding Di Pulau Pinang ? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/yeop-adlan-che-rose-masuk-dap-sebab.html