Ajaib, TPM tidak dimaklum pelaksanaan IMAMS?

Ajaib, TPM tidak dimaklum pelaksanaan IMAMS? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ajaib, TPM tidak dimaklum pelaksanaan IMAMS?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ajaib, TPM tidak dimaklum pelaksanaan IMAMS?
link : Ajaib, TPM tidak dimaklum pelaksanaan IMAMS?

Baca juga


Ajaib, TPM tidak dimaklum pelaksanaan IMAMS?


 
Ajaib, TPM tidak dimaklum pelaksanaan IMAMS?



Adalah sesuatu yang ajaib, pelik dan ganjil apabila Timbalan Perdana Menteri mendakwa kabinet tidak dimaklumkan mengenai rancangan untuk melaksanakan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu atau IMAMS yang begitu hangat diperkatakan ketika ini.

Lebih menghairankan apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mengetahui mengenai perancangan IMAMS yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Menurut Pengerusi Biro Pembangunan Manusia, Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN), Aida Yusof Rawa, adalah mustahil sekiranya Zahid tidak mengetahui perkara tersebut.

Aida Yusof Rawa

“Mana mungkin urusan antara kerajaan dengan kerajaan tidak dimasukkan dalam kabinet, sedangkan beliau adalah Timbalan Perdana Meteri.

“Sebenarnya mereka cuba untuk menyelamatkan diri masing-masing setelah menyedari ia mendapat kecaman pelbagai pihak.

“Terdapat unsur-unsur yang tidak telus sehinggakan masing-masing cuba berselindung atas bantahan yang semakin meluas terhadap pelaksanaan IMAMS tersebut,” jelasnya lagi.

Beliau juga berkata, pelaksanaan IMAMS tidak seharusnya dilbuat tanpa terlebih dahulu diberi penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada umum.

“Timbulnya bantahan adalah kerana rakyat tidak dimaklumkan mengenai pelaksanaan tersebut.
“Lebih membimbangkan apabila caj yang dikenakan adalah ke atas penggunaan sistem tersebut termasuklah cukai GST yang akan dikenakan.

“Sekiranya ia hendak dilaksanakan sekalipun kerajaan boleh menggunakan Lembaga Urusan Tabung Haji daripada menggunakan pihak lain bagi urusan umrah,” tegasnya lagi.

Zahid sebelum ini telah mendakwa kabinet tidak dimaklumkan mengenai pelaksanaan sistem tersebut kecuali mengenai sistem pengendalian pakej umrah yang perlu didaftarkan.

Ini termasuklah peraturan tertentu serta kaedah pemantauan yang akan dilaksanakan bagi syarikat pengendalian umrah.

Namun begitu ujarnya, tindakan kerajaan tersebut adalah menyukarkan aktiviti ibadah yang hendak dilaksanakan oleh umat Islam.

Adalah difahamkan melalui sistem IMAMS, cukai GST akan dikutip dan bayaran untuk sistem pengurusan serta insurans bagi setiap umat Islam yang hendak melaksanakan umrah turut dikenakan.

Yang lebih meragukan apabila syarikat swasta yang dikaitkan untuk mengendalikan aktiviti tersebut merupakan sebuah syarikat yang mana seorang pengarahnya beragama Islam, manakala yang lainnya bukan beragama Islam.

Tindakan kerajaan ini juga disifatkan sebagai cuba mengaut keuntungan melalui cukai GST yang akan dikenakan terhadap 290,000 umat Islam yang dijangka akan melakukan ibadah umrah tahun ini.



Demikianlah Artikel Ajaib, TPM tidak dimaklum pelaksanaan IMAMS?

Sekianlah artikel Ajaib, TPM tidak dimaklum pelaksanaan IMAMS? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ajaib, TPM tidak dimaklum pelaksanaan IMAMS? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/ajaib-tpm-tidak-dimaklum-pelaksanaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :