Azwan Ali enggan dedah siapa pemimpin 'mewah melampau' lepas serah bukti

Azwan Ali enggan dedah siapa pemimpin 'mewah melampau' lepas serah bukti - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azwan Ali enggan dedah siapa pemimpin 'mewah melampau' lepas serah bukti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azwan Ali enggan dedah siapa pemimpin 'mewah melampau' lepas serah bukti
link : Azwan Ali enggan dedah siapa pemimpin 'mewah melampau' lepas serah bukti

Baca juga


Azwan Ali enggan dedah siapa pemimpin 'mewah melampau' lepas serah bukti

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Selebriti kontroversi, Azwan Ali hari ini tampil menyerahkan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dakwanya berkaitan dengan salah guna kuasa, penyelewengan dan kemewahan melampau membabitkan pemimpin tertentu.
 
Azwan yang juga adik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin yang dimaksudkan, walaupun diasak pemberita. 
 
Beliau berkata, tindakannya mengheret pemimpin berkenaan kepada SPRM kerana mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam demi mencegah kemungkaran. 
 
“Tetapi saya sebagai umat Islam saya mencuba sedaya upaya menyempurnakan tanggungjawab saya untuk memperbetulkan situasi-situasi yang semakin mencurigakan.
 
“Amal makruf nahi mungkar... Berdirinya saya di sini kerana berpegang teguh sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjwab demi agama, bangsa dan negara. 
 
“Saya rasa media boleh membuat spekulasi atau mentafsirkan siapa yang saya maksudkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di perkarangan Ibu Pejabat SPRM selepas selesai memberikan keterangan dan serahan dokumen berkenaan.
 
Azwan sebelum itu memasuki bangunan berkenaan pada jam 10.10 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian. 
 
Menurut Azwan, penyerahan dokumen dan keterangan dikendalikan pegawai penyiasat SPRM, namun beliau berpeluang menemui Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki kira-kira sepuluh minit sebelum sesi memberi keterangan berakhir. 
 
Ketika ditanya adakah bukti yang dibawanya mempunyai kaitan dengan abangnya, Azmin dan juga anak saudaranya yang sebelum ini disiasat SPRM, Azwan mengambil pendekatan mengunci mulut.
 
“Saya tidak boleh beritahu siapa individunya ia sangat sulit kena tunggu dan lihat,” kata beliau.
 
Dalam pada itu ujarnya, bukti mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa itu sudah disimpan lebih dari 30 tahun sebelum mengambil keputusan untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
 
“Saya berdoa sejak balik umrah bulan 7 tempoh hari, enam bulan saya menunggu untuk mendedahkan ini. 
 
“Saya puas bersabar (simpan bukti) ini sepanjang saya bergelar artis,” katanya.
 
Malah beliau turut menafikan tindakannya mendedahkan bukti pada ketika ini mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), selain menyangkal dirinya menerima dedak dari Umno-Barisan Nasional (BN).
 
“Terkini saya tahu ramai yang mencaci hina saya kata pendedahan saya sebab PRU14. Ini semua kerana Allah. Kau sekolah ke tak, kau sekolah ke tak. Kau janganlah nak pusing cakap,” katanya sambil mendakwa mendapat sokongan daripada segelintir pemimpin pembangkang namun enggan mengulas lanjut.
 
Azwan sebelum ini dalam kenyataannya berkata beliau bertekad untuk membantu Umno-BN untuk menggulingkan Azmin.
 
Beliau membuat kejutan apabila hadir ke Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU 2017) awal bulan lalu dan menyatakan bahawa kemunculannya dalah semata-mata untuk mendedahkan 'sesuatu yang besar' berhubungkait dengan abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR



Demikianlah Artikel Azwan Ali enggan dedah siapa pemimpin 'mewah melampau' lepas serah bukti

Sekianlah artikel Azwan Ali enggan dedah siapa pemimpin 'mewah melampau' lepas serah bukti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azwan Ali enggan dedah siapa pemimpin 'mewah melampau' lepas serah bukti dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/azwan-ali-enggan-dedah-siapa-pemimpin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :