Banyakkan demonstrasi bantah AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel - Mufti Perlis

Banyakkan demonstrasi bantah AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel - Mufti Perlis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Banyakkan demonstrasi bantah AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel - Mufti Perlis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banyakkan demonstrasi bantah AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel - Mufti Perlis
link : Banyakkan demonstrasi bantah AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel - Mufti Perlis

Baca juga


Banyakkan demonstrasi bantah AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel - Mufti Perlis

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KANGAR: Rakyat negara ini perlu lebih banyak mengadakan demonstrasi bagi membantah pengisytiharan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.
 
Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata seluruh dunia kini sedang memandang ke arah Turki dan Malaysia, jadi penting untuk rakyat negara ini menunjukkan penyatuan dan solidariti umat Islam dalam isu tersebut.
 
Sudah tiba masanya untuk seramai 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia bersatu membantah tindakan Israel itu yang hanya berjumlah 13 juta penduduk, kata Asri.
 
"Perhimpunan itu penting kerana ia boleh membangkitkan kesedaran kita untuk mengetahui isu-isu umat Islam yang melanda di seluruh dunia.
 
"Kadang-kadang kita lebih tahu tentang kelab bola sepak dan artis berbanding masalah umat Islam sehinggakan kita gagal mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku," katanya ketika ditemui semasa perhimpunan 'Raja Memimpin Umat-Isu Palestin' di Masjid Tuanku Syed Putra Kangar, hari ini.
 
Menurut Asri, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selaku pemimpin rakyat negeri ini turut menunjukkan bantahan terhadap isu berkenaan menerusi perhimpunan tersebut.
 
"Semua parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir dan berucap dalam masjid," katanya yang turut menggesa umat Islam memboikot produk barat yang secara jelas menyokong tindakan dilakukan Israel.
 
Sebelum ini, UMNO, PAS dan beberapa NGO bertindak berhimpun dan mengadakan bantahan aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS).
 
Terdahulu Presiden AS, Donald Trump mengumumkan pengiktirafan bahawa Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
 
Susulan itu, Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan persidangan dan mengiktiraf Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin bukannya Israel.
 
Pertubuhan yang dianggotai 57 negara anggota, termasuk Arab Saudi dan Iran, turut menegaskan, semua negara anggota komited kepada 'satu-satunya penyelesaian komprehensif bagi memastikan keamanan' di wilayah terbabit



Demikianlah Artikel Banyakkan demonstrasi bantah AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel - Mufti Perlis

Sekianlah artikel Banyakkan demonstrasi bantah AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel - Mufti Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Banyakkan demonstrasi bantah AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel - Mufti Perlis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/banyakkan-demonstrasi-bantah-as-iktiraf.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :