Biar Kementerian Pelancongan urus hal ehwal umrah, kata Matta

Biar Kementerian Pelancongan urus hal ehwal umrah, kata Matta - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biar Kementerian Pelancongan urus hal ehwal umrah, kata Matta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biar Kementerian Pelancongan urus hal ehwal umrah, kata Matta
link : Biar Kementerian Pelancongan urus hal ehwal umrah, kata Matta

Baca juga


Biar Kementerian Pelancongan urus hal ehwal umrah, kata Matta

 
Naib presiden Umrah dan Haji Matta berkata, cadangan membenarkan TH menguruskan lesen umrah hanya akan memusnahkan mekanisme sedia ada dan merisikokan pengusaha kecil dan sederhana.


matta-umrah-3

PETALING JAYA: Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) menolak cadangan membenarkan Lembaga Tabung Haji (TH) menguruskan lesen dan hal ehwal berkaitan ibadah umrah, sebaliknya mereka mahu ia kekal di bawah seliaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Naib Presiden Umrah dan Haji Matta, Shahrulnezam Mohd Daud berkata, langkah itu hanya akan memusnahkan mekanisme sedia ada dalam pengendalian umrah dan merisikokan pengusaha kecil dan sederhana, terutamanya pengusaha Bumiputera untuk bersaing dengan agensi kerajaan.

“Jumlah kerugian dalam penipuan pakej umrah dianggarkan RM5 juta setahun dan ia lebih rendah daripada kerugian RM5 bilion yang ditanggung 1 juta rakyat Malaysia menerusi penipuan skim pelaburan untuk tahun ini sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) untuk TH dijadikan badan menguruskan lesen bagi ibadah umrah dalam usaha mengekang penipuan pakej umrah yang dikendalikan ejen.

Presiden CAP, S M Mohamed Idris dilaporkan berkata, TH mempunyai keupayaan dan kecekapan dalam menguruskan hal berkaitan haji dan hanya memerlukan pendekatan terakhir untuk menggabungkan perkara berkaitan umrah dalam mekanisme sedia ada.

Shahrulnezam berkata, kebanyakan penipuan pakej umrah membabitkan orang tengah atau individu yang menyamar sebagai ejen bebas menghilangkan diri selepas menerima bayaran.

“Risiko itu boleh dikurangkan dengan meletakkan tanggungjawab itu kepada pengendali umrah berlesen untuk tindakan sub ejen mereka, sama ada agensi pelancongan atau individu yang mewakili mereka.”

Malah, katanya, majoriti jemaah umrah berjaya menunaikan ibadah mereka tanpa sebarang insiden setiap tahun.

Beliau berkata, selama ini, pengendali pakej umrah perlu mendapatkan lesen “outbound” daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan baru-baru ini hanya pengusaha pelancongan “outbound” yang mempunyai lesen khas umrah dibenarkan berbuat demikian.

“Oleh itu, perlindungan yang diperlukan sudah ada dan tiada keperluan untuk membazirkan masa berbuat demikian.”

Sementara itu, Presiden Matta, Datuk Tan Kok Liang berkata, kebajikan pengusaha swasta perlu dipertimbangkan bagi melindungi kepentingan pengendali Bumiputera dalam usaha menangani penipuan pakej umrah



Demikianlah Artikel Biar Kementerian Pelancongan urus hal ehwal umrah, kata Matta

Sekianlah artikel Biar Kementerian Pelancongan urus hal ehwal umrah, kata Matta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biar Kementerian Pelancongan urus hal ehwal umrah, kata Matta dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/biar-kementerian-pelancongan-urus-hal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :