Judul : Dasar kerajaan pikat penjawat awam
link : Dasar kerajaan pikat penjawat awam
Dasar kerajaan pikat penjawat awam
Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Sokongan golongan penjawat awam yang semakin menguat kepada kerajaan mungkin disebabkan limpahan dasar-dasar yang memberikan manfaat kepada rakyat negara ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata golongan penjawat awam berupaya menilai serta menimbang dengan baik keputusan demi keputusan yang diambil kerajaan.
Azih berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa sokongan golongan penjawat awam kini berpihak kepada kerajaan Persekutuan.
"Saya bersetuju dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa penjawat awam ini merupakan tulang belakang kepada negara kerana kami ini sebenarnya bukan pendukung politik. Kami adalah pendukung dasar-dasar kerajaan, "ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Najib ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU 2017) berkata momentum sokongan penjawat awam kini menyebelahi Umno Barisan Nasional (BN).
Justeru, beliau yang juga Presiden Umno menzahirkan keyakinannya bahawa Umno BN akan sekali lagi memperoleh kejayaan pada Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14) kelak.
“Momentum belah kita sekarang ini. Kebanyakan pegawai kerajaan memihak pada kita. Saya ucap terima kasih kepada semua pegawai-pegawai kerajaan kita.
"Mereka ini pelaksana dasar dan pendukung dasar Barisan Nasional," ujar Najib semasa menyampaikan ucapan penggulungan PAU 2017, pada Sabtu lepas.
PRU14 perlu diadakan menjelang Ogos tahun hadapan namun jangkaan kuat bahawa pilihan raya akan dipanggil seawal suku pertama tahun 2018.
Azih dalam pada itu berkata, selain menjadi pendukung dasar, golongan penjawat awam juga membantu menyokong kerajaan yang dipilih dan diberi mandat oleh rakyat pada setiap kali pilihan raya.
Beliau juga percaya, keyakinan Najib bahawa memontum penjawat awam kini berpihak kepada Umno BN dibuat berpandukan kajian-kajian bertauliah yang dilakukan partinya.
"Mungkin juga apa yang dinyatakan Perdana Menteri berdasarkan kepada informasi yang ada pada Perdana Menteri.
"Saya nak nyatakan bahawa penjawat awam ini sentiasa menyokong kerajaan. 'Government of the day'. Itu kita sokong," katanya.
Azih kemudiannya berkata Najib dan barisan kepimpinannya boleh terus memikat hati golongan penjawat awam dan rakyat negara ini dengan mengambil kira soal kos sara hidup yang semakin membebankan.
Demikianlah Artikel Dasar kerajaan pikat penjawat awam
Sekianlah artikel Dasar kerajaan pikat penjawat awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dasar kerajaan pikat penjawat awam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/dasar-kerajaan-pikat-penjawat-awam.html