Dibidas Umno dan pemain industri, kerajaan batal IMAMS sehari selepas pelancaran

Dibidas Umno dan pemain industri, kerajaan batal IMAMS sehari selepas pelancaran - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dibidas Umno dan pemain industri, kerajaan batal IMAMS sehari selepas pelancaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dibidas Umno dan pemain industri, kerajaan batal IMAMS sehari selepas pelancaran
link : Dibidas Umno dan pemain industri, kerajaan batal IMAMS sehari selepas pelancaran

Baca juga


Dibidas Umno dan pemain industri, kerajaan batal IMAMS sehari selepas pelancaran

 
Sistem akses tunggal yang akan mengenakan GST dan bayaran lain ke atas rakyat yang hendak mengerjakan umrah mengundang bantahan pemain industri dan Umno.
 
 
 
Mas-Ermieyati-Samsudin_jemmah_klia_6003


PETALING JAYA: Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang dikecam kerana mengenakan GST dan bayaran lain ke atas rakyat Malaysia yang mengerjakan ibadah dibatalkan sehari selepas dilancarkan.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin megumumkan pembatalan sistem itu tidak lama selepas pemain industri, pembangkang dan parti kerajaan sendiri membantah pelaksanaannya.

Pada sidang media hari ini, Ermieyati dilaporkan berkata kerajaan akan mencari mekanisme baharu yang lebih baik dan berkesan, termasuk cadangan pengecualian GST dan jaminan dikendalikan orang Islam sepenuhnya.

“Mekanisme baharu itu pastinya akan lebih cekap…dan tidak membebankan pengguna. Kementerian memberi jaminan mekanisme baharu itu adalah 100 peratus Islam. Kita ambil kepentingan isu sensitiviti,” katanya lapor Bernama.

IMAMS merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses kedutaan Arab Saudi, dengan tujuan membanteras aktiviti penipuan pakej umrah. Kerajaan dilaporkan bersetuju membenarkan syarikat pengendali IMAMS mengutip GST dan bayaran untuk sistem pengurusan serta insurans ke atas setiap rakyat yang hendak mengerjakan umrah menerusi IMAMS.

Kerajaan dilaporkan mensyaratkan semua syarikat pengendali umrah berlesen dan berstatus muasassah wajib mengguna pakai sistem itu.

Terdahulu, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh) ketika dihubungi hari menjelaskan mereka tidak berpuas hati kerana keputusan melaksanakan IMAMS berbeza dengan hasil perbincangan pertemuan antara persatuan dan kementerian.

“Kita dah jumpa menteri, ketua setiausaha kementerian. Dia kata ‘ya’ tapi dia buat lain,” kata Presiden Datuk Seri Razali Mohd Sham.

“Jemaah dan agen yang akan tanggung kos itu. Kita tak nak macam itu,” katanya, dan menambah, persatuan akan berusaha meyakinkan kerajaan mengenai pelaksanaan sistem berkenaan.

Razali berkata meskipun begitu, syarikat pengendali umrah akan akur jika sistem itu diteruskan kerana khuatir lesen akan digantung jika ingkar.

“Perbincangan dengan agensi Umrah dan haji memang tidak ada semasa untuk menubuhkan IMAMS, kita akan bangkang sampai berjaya,” tambahnya.

Pemuda Umno sendiri turut membantah pelaksanaan IMAMS kerana tidak mahu orang Islam yang hendak mengerjakan umrah terbeban dengan GST dan bayaran lain.

Exco Pemuda Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata Pemuda Umno kecewa Tabung Haji tidak membantah sistem tersebut dan membidas pengurusan tertinggi kerana tidak peka dengan masalah tersebut.

“Sepatutnya Tabung Haji yang diberi tanggungjawab tersebut,” katanya kepada FMT sebelum pembatalan tadi.

“Tidak masuk akal hal umrah diberikan kepada syarikat swasta yang diterajui oleh bukan Islam,” katanya.



Demikianlah Artikel Dibidas Umno dan pemain industri, kerajaan batal IMAMS sehari selepas pelancaran

Sekianlah artikel Dibidas Umno dan pemain industri, kerajaan batal IMAMS sehari selepas pelancaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dibidas Umno dan pemain industri, kerajaan batal IMAMS sehari selepas pelancaran dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/dibidas-umno-dan-pemain-industri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :