Empat polis ditahan kerana disyaki pecah rumah

Empat polis ditahan kerana disyaki pecah rumah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Empat polis ditahan kerana disyaki pecah rumah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Empat polis ditahan kerana disyaki pecah rumah
link : Empat polis ditahan kerana disyaki pecah rumah

Baca juga


    Empat polis ditahan kerana disyaki pecah rumah

     
     Empat polis ditahan kerana disyaki pecah rumah

    Empat anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Taman Alam Perdana di sini pada 9 Nov lalu, selepas kejadian itu tular di laman media sosial, baru-baru ini.

    Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata lans koperal dan koperal polis masing-masing berusia antara 25 hingga 36 tahun itu ditahan pada pukul 4 petang, 7 Dis lalu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.

    “Polis menjalankan siasatan ekoran aduan daripada seorang lelaki pada 10 Nov lalu bahawa sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan rokok seludup pelbagai jenama dipecah masuk, bagaimanapun tiada sebarang maklumat diperoleh.

    Kejadian itu didapati tular di laman sosial pada pukul 3 petang, Khamis lalu sehingga membawa kepada maklumat yang membolehkan kita menahan semua suspek,\” katanya pada sidang media di IPD Kuantan di sini, hari ini.

    Abdul Aziz menambah semua suspek ditahan dalam tempoh empat jam selepas perkara itu dimuat naik ke dalam media sosial dan setakat ini, semua suspek ditahan reman selama tiga hari.

    Siasatan dijalankan mengikut Seksyem 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda dan jika kesalahan mencuri, tempoh penjara boleh dilanjut sehingga 14 tahun bagi kesalahan kedua serta denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

    Difahamkan, lokasi kejadian terletak kira-kira 500 meter dari pondok pengawal dan kawasan perumahan berkenaan hanya boleh dimasuki menggunakan kad berpagar automatik selain dikawal rapi pengawal keselamatan.

    Abdul Aziz juga menegaskan bahawa polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar peraturan atau terbabit dalam kegiatan jenayah.



    Demikianlah Artikel Empat polis ditahan kerana disyaki pecah rumah

    Sekianlah artikel Empat polis ditahan kerana disyaki pecah rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

    Anda sekarang membaca artikel Empat polis ditahan kerana disyaki pecah rumah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/empat-polis-ditahan-kerana-disyaki.html

    Subscribe to receive free email updates: