Hantar tentera ke Baitulmaqdis jamin keamanan, kata Hishammuddin

Hantar tentera ke Baitulmaqdis jamin keamanan, kata Hishammuddin - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hantar tentera ke Baitulmaqdis jamin keamanan, kata Hishammuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hantar tentera ke Baitulmaqdis jamin keamanan, kata Hishammuddin
link : Hantar tentera ke Baitulmaqdis jamin keamanan, kata Hishammuddin

Baca juga


Hantar tentera ke Baitulmaqdis jamin keamanan, kata Hishammuddin

 
Menteri pertahanan berkata Malaysia memainkan peranan itu bagi memastikan kestabilan Tebing Barat itu terjamin selain menjaga imej Islam agar tidak dicemari.


Hishammuddin_tentera_6002


LUMUT: Kesediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar ketenteraan ke Baitulmaqdis bukanlah untuk berperang sebaliknya memastikan keamanan dan kestabilan negara itu terjamin.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia memainkan peranan itu bagi memastikan kestabilan Tebing Barat itu terjamin selain menjaga imej Islam agar tidak dicemari.

“Apa juga yang kita lakukan bukanlah untuk berperang, tetapi untuk pastikan keamanan, untuk pastikan kestabilan dan rantau itu tidak bergolak dan pastikan imej Islam tidak dicemari dengan persepsi serong oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Transformasi Kompleks Mutiara Armada dan Kempen #PerkasaPerwira di Dewan Shariff, Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Pengerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) Jeneral (B) Tan Abdul Aziz Zainal.

Baru-baru ini, lidah pengarang Jews News cuba bermain api apabila berita mengenai kesediaan tentera Malaysia untuk menyumbang peranan dalam isu Baitulmaqdis dijadikan bahan lawak oleh portal berkenaan.

Lampiran berita berkenaan yang tertera bertajuk “Tentera Malaysia bersedia main peranan membantu Muslim (merujuk isu Palestin)” disertakan kapsyen ketawa dengan kenyataan “kami boleh hancurkan Malaysia dalam satu saat”.

Hishammuddin yang juga menteri tugas-tugas khas berkata bukan perkembangan isu di Palestin sahaja dipantau secara dekat, malah negara Timur Tengah seperti, Syria, Iraq, Qatar, Yemen, Lubnan turut dipantau kerana Malaysia mempunyai anggota tentera bawah misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Justeru, Hishammuddin meminta orang ramai tidak mensensasikan sesuatu sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

“Ini musuh Islam mahukan kita berpecah, berkelahi, berperang sesama kita, ini bukan cara Malaysia, ini bukan cara ATM. Yang penting perkara tersebut menjadi pegangan kita melalui prinsip dan nilai kesejagatan,” katanya.

Beliau turut menyentuh konsep wasatiyyah dan pendirian ATM adalah jelas yang tidak berbelah bahagi apabila menyentuh berkaitan hal agama Islam.



Demikianlah Artikel Hantar tentera ke Baitulmaqdis jamin keamanan, kata Hishammuddin

Sekianlah artikel Hantar tentera ke Baitulmaqdis jamin keamanan, kata Hishammuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hantar tentera ke Baitulmaqdis jamin keamanan, kata Hishammuddin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/hantar-tentera-ke-baitulmaqdis-jamin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :