Judul : Jamal minta Tun M, isteri dan Zaid kembali ke Darjah 1
link : Jamal minta Tun M, isteri dan Zaid kembali ke Darjah 1
Jamal minta Tun M, isteri dan Zaid kembali ke Darjah 1
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siri Hasmah Mohamad Ali seperti keanak-anakan kerana memulangkan darjah kebesaran daripada Sultan Selangor.
Sehubungan itu, Jamal menggesa kedua-dua pemimpin itu, termasuklah ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim kembali ke Darjah 1 untuk mempelajari kandungan Rukun Negara yang menyentuh berkenaan prinsip 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara'.
"Sedikit sahaja teguran daripada Sultan Selangor, (dah) seperti kebudak-budakan... merajuk memulangkan pingat.
“Memulangkan pingat ini kita tidak kisah kalau tidak ada krisis tapi kalau ada krisis dan teguran maka memulangkan pingat kebesaran yang dianugerahkan sebelum ini bermakna ini adalah satu protes yang tidak dapat menerima dan tidak menghormati sultan ini tafsirannya.
"Mereka ini perlu kembali duduk di sekolah darjah 1, duduk sekolah balik. Saya nak bagi tahu, Tun M jangan pandai cakap, pusing satu Malaysia.
“Masuk balik sekolah darjah 1, belajar Rukun Negara begitu juga dengan Zaid, balik darjah 1, belajar erti Rukun Negara patuh dan taat kepada Rukun Negara barulah sepatutnya menjadi seorang pemimpin," katanya kepada pemberita, hari ini.
Jamal sebelum ini membuat laporan polis ke atas Dr Mahathir, Siti Hasmah dan Zaid yang dikatakan menghina Sultan Selangor.
Dr Mahathir pada semalam berkata keputusannya memulangkan pingat darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Istana Selangor dibuat kerana beliau dianggap tidak layak lagi untuk menyimpannya.
Dr Mahathir memulangkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama yang di terima pada 22 Jun 1978 dan Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) yang diterima sebulan sebelum melepaskan jawatan secara rasmi sebagai perdana menteri pada Okt 2003.
Isteri beliau, Dr Siti Hasmah pula memulangkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.
Bekas perdana menteri itu bagaimanapun enggan mengulas akan mengambil tindakan yang serupa terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenaan pengurniaan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1).
Dr Mahathir menerima darjah kebesaran itu daripada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhun Sultan Ismai.
Demikianlah Artikel Jamal minta Tun M, isteri dan Zaid kembali ke Darjah 1
Sekianlah artikel Jamal minta Tun M, isteri dan Zaid kembali ke Darjah 1 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jamal minta Tun M, isteri dan Zaid kembali ke Darjah 1 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/jamal-minta-tun-m-isteri-dan-zaid.html