Judul : Kenapa Guan Eng seorang? Mana pemimpin PH yang lain?, soal penganalisis
link : Kenapa Guan Eng seorang? Mana pemimpin PH yang lain?, soal penganalisis
Kenapa Guan Eng seorang? Mana pemimpin PH yang lain?, soal penganalisis
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan perihal nama baru calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) secara bersendirian, dipersoal penganalisis politik, Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak.
Ujar Mustafa tindakan Guan Eng berbicara isu sepenting itu seorang diri tanpa kehadiran mana-mana pemimpin pembangkang yang lain, hanya menguatkan persepsi bahawa 'DAP mengetuai PH'.
"Sekarang ini bila DAP buat pengumuman itu bermakna seolah-olah DAP yang menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri.
"Adakah itu pendirian DAP atau pendirian PH, itu tidak pasti dan kena tanya mereka (DAP). Tetapi apa yang nyata apabila pengumuman itu dibuat oleh DAP, maka tentunya ternyata DAP mempunyai kawalan dan pengaruh yang besar terhadap PH.
"Ini semakin mengesahkan bahawa PH sebenarnya diketuai oleh DAP," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Semalam, Guan Eng dalam satu sidang media tanpa kehadiran mana-mana pemimpin tertinggi PH memaklumkan bahawa gagasan itu akan mengumumkan pengganti Anwar untuk diangkat menjadi perdana menteri, jika menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengumuman itu akan dibuat pada bulan Januari tahun depan, ujar Guan Eng.
DAP sebelum ini mahukan Anwar menjadi calon perdana menteri PH, namun dikatakan terpaksa menamakan pengganti baru selepas Ketua Umum PKR itu masih dipenjarakan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Guan Eng dalam sidang media yang sama berkata DAP tidak pernah mengimpikan untuk menjadi perdana menteri.
Mengulas perkara itu, Mustafa tidak menolak andai calon perdana menteri PH datangnya daripada DAP.
"Tidak mustahil (calon pm dari DAP) kerana pada prinsipnya calon itu mesti datang daripada ketua parti yang mendapat kerusi terbanyak dalam Parlimen. Jadi sebab itu kalau PH berjaya membentuk kerajaan, tentunya parti yang mendapat kerusi terbanyak yang akan mencalonkan ketuanya sebagai perdana menteri.
"Mana-mana ketua parti yang mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Parlimen, iaitu biasalah partinya yang mendapat undi terbanyak. Maka biasanya dia yang akan mengetuai kerajaan sebagai perdana menteri," katanya.
Demikianlah Artikel Kenapa Guan Eng seorang? Mana pemimpin PH yang lain?, soal penganalisis
Sekianlah artikel Kenapa Guan Eng seorang? Mana pemimpin PH yang lain?, soal penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Guan Eng seorang? Mana pemimpin PH yang lain?, soal penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/kenapa-guan-eng-seorang-mana-pemimpin.html