Judul : LFL gesa kerajaan tubuh RCI susulan dakwaan polis hapus bukti penemuan kubur beramai-ramai
link : LFL gesa kerajaan tubuh RCI susulan dakwaan polis hapus bukti penemuan kubur beramai-ramai
LFL gesa kerajaan tubuh RCI susulan dakwaan polis hapus bukti penemuan kubur beramai-ramai
ANTARAPOSSHAH ALAM: Kumpulan peguam hak asasi, Lawyers For Liberty (LFL) menggesa kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) susulan laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa polis memusnahkan bukti dan mengubah fakta kejadian penemuan kubur beramai-ramai di Wang Kelian, Perlis, dua tahun lalu.
Dalam satu kenyataan, LFL berkata laporan akhbar New Strits Times (NST) mengesahkan kecurigaan terhadap pakatan sulit pihak berkuasa di mana siasatan yang dilakukan cuba menutup keburukan dan pendakwaan sambil lewa terhadap beberapa warga asing.
“Memandangkan pendedahan itu, persoalan yang mesti ditanya ialah mengapa ada cubaan menyembunyikan kebenaran dan pihak berkuasa cuba melindungi siapa?” kata LFL.
NST hari ini melaporkan siasatan selama dua tahun oleh sepasukan wartawan mereka mendedahkan pihak berkuasa cuba menangguhkan pengumuman tentang penemuan kubur beramai-ramai selama kira-kira empat bulan.
Menurut akhbar itu juga, polis turut membersihkan kawasan di mana kubur ditemui sehingga membinasakan pelbagai bukti jenayah.
Penemuan kubur 130 mayat mangsa pemerdagangan manusia diumumkan pada Mei 2015 oleh ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Dalam pada itu LFL juga mempersoalkan siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang dakwanya tidak menyiasat kes itu dengan baik berbanding pihak berkuasa Thailand yang sudahpun mendakwa dan mensabitkan 62 orang berkaitan kes berkenaan.
“Meskipun terdapat laporan yang boleh dipercayai, pihak berkuasa Malaysia menafikan kewujudan aktiviti pemerdagangan manusia," demikian menurut kenyataan itu.
Justeru LFL berkata kerajaan mesti menubuhkan satu RCI “yang boleh dipercayai” dan “menangani pemerdagangan manusia zaman moden”.
Demikianlah Artikel LFL gesa kerajaan tubuh RCI susulan dakwaan polis hapus bukti penemuan kubur beramai-ramai
Sekianlah artikel LFL gesa kerajaan tubuh RCI susulan dakwaan polis hapus bukti penemuan kubur beramai-ramai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LFL gesa kerajaan tubuh RCI susulan dakwaan polis hapus bukti penemuan kubur beramai-ramai dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/lfl-gesa-kerajaan-tubuh-rci-susulan.html