Macam budak-budak, kata Jamal kepada Dr Mahathir

Macam budak-budak, kata Jamal kepada Dr Mahathir - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Macam budak-budak, kata Jamal kepada Dr Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Macam budak-budak, kata Jamal kepada Dr Mahathir
link : Macam budak-budak, kata Jamal kepada Dr Mahathir

Baca juga


Macam budak-budak, kata Jamal kepada Dr Mahathir

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Yunos menyifatkan tindakan yang dibuat oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai kebudak-budakan dan memalukan apabila memulangkan pingat Darjah Kebesaran yang diterima dari Istana Selangor Khamis lalu.
 
Katanya, tindakan  Dr Mahathir selaku individu yang diiktiraf sebagai negarawan dan mantan perdana menteri selama 22 tahun adalah tidak wajar dan menunjukkan sikap kurang matang pemimpin itu sendiri.
 
"Pemulangan tersebut adalah satu protes yang kita tahu sebelum ini Sultan Selangor telah memberi teguran kepada Dr Mahathir tentang beberapa perkara, tetapi perlu diingatkan Tun Mahathir adalah seseorang yang sangat berpengalaman dan sepatutnya mengambil perkara tersebut sebagai perkara yang positif.
 
"Tetapi akhirnya Dr Mahathir menjadi kebudak-budakan dengan mengembalikan pingat tersebut setelah menerima terguran daripada Sultan Selangor dan ini amat memalukan sebagai seorang negarawan dan bekas perdana menteri selama 22 tahun," katanya dalam satu sidang media di penjabat Gabungan NGO Malaysia dia Ampang pagi tadi.
 
Semalam Tun Mahathir bertindak memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada Sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.
 
Menurut seorang pemimpin kanan PPBM, keputusan memulangkan pingat kebesaran negeri itu dibuat Dr Mahathir atas pertimbangannya sendiri.
 
Difahamkan dua pingat yang dikembalikan pengerusi PPBM itu masing-masing diterima daripada Sultan Selangor pada 1978 dan 2003.
 
Turut melakukan tindakan yang sama ialah isteri kepada pemimpin itu, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang memulangkan pingat diterimanya dari Istana Selangor pada tahun 1983 dan 1994.
 
Tindakan Dr Mahathir memulangkan pingat tersebut dipercayai berkaitan teguran yang disuarakan Sultan Selangor beberapa kali sebelum ini bersabit isu Bugis.
 
Beliau ketika berucap pada himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi, Oktober lalu cuba mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis dan kenyataannya itu mengguris hati Sultan Sharafuddin.
 
Sementara itu, pagi tadi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pemulangan pingat kebesaran daripada pasangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
 
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais berkata pihak istana menerima pemulangan itu "tanpa halangan".
 
Menurut Hanafisah lagi, proses pembatalan berkenaan akan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan pihak Istana.
 
 


Demikianlah Artikel Macam budak-budak, kata Jamal kepada Dr Mahathir

Sekianlah artikel Macam budak-budak, kata Jamal kepada Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Macam budak-budak, kata Jamal kepada Dr Mahathir dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/macam-budak-budak-kata-jamal-kepada-dr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :