Judul : Mahfuz seru ahli Pas tidak berdendam
link : Mahfuz seru ahli Pas tidak berdendam
Mahfuz seru ahli Pas tidak berdendam
ARIF ATANMahfuz Omar sedang berucap di majlis ceramah anjuran PPBM.
Menurutnya, ahli Pas perlu berfikir secara rasional dengan menyokong Pakatan Harapan serta menyambut baik mereka yang meninggalkan Umno.
“Saya sudah lama ajak orang tinggalkan Umno, tiba-tiba hari ini ada orang Umno tinggalkan Umno,” ujarnya diikuti ketawa hadirin yang majoritinya ahli dan penyokong PPBM di Kampung Chenghai, Changloon, Kedah semalam.
Ahli parlimen Pokok Sena itu berkata, sikap menolak mereka yang meninggalkan Umno hanya kerana dendam tidak harus berlaku dalam kalangan ahli Pas.
“Tiba-tiba kita (Pas) tidak mahu bersama rakan-rakan kita pada hari ini kerana dendam kesumat. Ini bagi saya tidak betul.
“Bukan kepentingan dendam dengan musuh lama tetapi kita fikir untuk menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini,” tegasnya dalam ceramah anjuran PPBM Kedah itu.
Beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa ahli Pas tiada masalah untuk kekal berada dalam parti tersebut jika tidak mempunyai keberanian meninggalkan Pas.
“Saya minta ahli Pas fikir secara rasional. Saya ulang, ahli-ahli Pas boleh tengok dalam Youtube ceramah saya mutakhir ini.
“Saya cakap terus-terang tidak berselindung lagi apa yang berlaku dalam Pas pada hari ini berkaitan dengan RUU 355. Tuan-tuan tidak berani keluar Pas, tidak mengapa. Duduklah dalam Pas,” ujarnya.
Orang ramai yang hadir pada majlis Ghebang Santai di Kampung Chenghai, Changloon Kedah semalam.
“Takkan kita nak biarkan keadaan ini berlarutan dengan Umno-BN terus memerintah?
“Isu kos sara hidup dan kesusahan rakyat dirasai oleh semua tidak terkecuali ahli Umno dan Pas,” katanya dalam program Ghebang Santai di Kampung Chenghai itu.
Tambahnya, keadaan tersebut berlaku kerana urus tadbir negara yang diterajui Umno-BN pada masa ini gagal melihat kepada penyelesaian terhadap masalah sebenar yang dialami rakyat.
Turut hadir timbalan presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga pengerusi PPBM Kedah; ahli dewan undangan negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah serta para pemimpin parti-parti komponen Pakatan Harapan Kubang Pasu.
Demikianlah Artikel Mahfuz seru ahli Pas tidak berdendam
Sekianlah artikel Mahfuz seru ahli Pas tidak berdendam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahfuz seru ahli Pas tidak berdendam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/mahfuz-seru-ahli-pas-tidak-berdendam.html