Mustahil gandingan Khalid Ibrahim, Umno dan PAS tawan Selangor - PKR [TONTON VIDEO]

Mustahil gandingan Khalid Ibrahim, Umno dan PAS tawan Selangor - PKR [TONTON VIDEO] - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mustahil gandingan Khalid Ibrahim, Umno dan PAS tawan Selangor - PKR [TONTON VIDEO], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mustahil gandingan Khalid Ibrahim, Umno dan PAS tawan Selangor - PKR [TONTON VIDEO]
link : Mustahil gandingan Khalid Ibrahim, Umno dan PAS tawan Selangor - PKR [TONTON VIDEO]

Baca juga


Mustahil gandingan Khalid Ibrahim, Umno dan PAS tawan Selangor - PKR [TONTON VIDEO]

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mustahil mantan menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor, sekalipun berganding bahu bersama Umno dan PAS.
 
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas berkenaan kesediaan Khalid membantu Umno dan PAS merampas kembali Selangor yang kini dibawah pentadbiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali.
 
"Untuk jatuhkan Pakatan Harapan (PH) di Selangor ini. Well you can try. Ianya sukar. 
 
"Apa pun saya ucapkan tahniah kalau sekiranya Tan Sri mengambil jalan itu," katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Johari yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata walau bagaimanapun, Khalid perlu bersedia untuk menanggung apa jua risiko disebalik pilihannya untuk menyokong dua parti berkenaan. 
 
"Itu pilihan Tan Sri, fikir dahulu. Jangan terburu-buru. Sekali lagi saya katakan ini negara demokrasi, beliau boleh menyebelahi dan menyokong mana-mana pihak. Namun Tan Sri perlu juga menanggung risiko. 
 
"Dalam keadaan dipenghujung hayat kita ini, kita hendaklah diingati sebagai manusia yang baik tetapi serangan yang akan datang ini sesuatu yang amat luar biasa. Saya tidak ada komen apa-apa selain ucapkan selamat kepada Tan Sri. Itu sahaja," tambahnya.
 
Khalid yang pernah meneraju pentadbiran negeri Selangor selama 6 tahun itu, semalam menyatakan mahu membantu Umno dan PAS merebut kembali negeri berkenaan.
 
Beliau berkata, menerusi pendekatan sokongan kepada kedua-dua parti itu, ianya lebih berkesan berbanding menyokong PH yang hanya melaungkan retorik semata-mata
 
Sebelum ini, Khalid berkali-kali menyatakan, beliau akan berkempen dengan PAS dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, namun memutuskan tidak akan pertahankan kerusinya. 
 
Untuk rekod, Khalid sebelum ini menjadi ahli Umno selama hampir 30 tahun sebelum menyertai PKR pada 2006.
 
Beliau dilantik menjadi menteri besar Selangor yang pertama daripada PKR susulan kemenangan gabungan pembangkang , Pakatan Rakyat (PR)  PAS, PKR dan DAP yang dianggotai  dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
 
Bagaimanapun krisis dalaman PKR susulan idea Langkah Kajang, yang bertujuan menaikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar, menyebabkan Khalid terpaksa melepaskan jawatan berkenaan selepas dipecat PKR pada 2014. 
 
Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kini bergelar wakil rakyat Bebas.
 
Sungguhpun kelihatan akrab dengan PAS mutakhir ini, dan desas desus mengatakan beliau bakal menyertai PAS, namun Khalid mengesahkan beliau tidak menyertai parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu. 





Demikianlah Artikel Mustahil gandingan Khalid Ibrahim, Umno dan PAS tawan Selangor - PKR [TONTON VIDEO]

Sekianlah artikel Mustahil gandingan Khalid Ibrahim, Umno dan PAS tawan Selangor - PKR [TONTON VIDEO] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mustahil gandingan Khalid Ibrahim, Umno dan PAS tawan Selangor - PKR [TONTON VIDEO] dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/mustahil-gandingan-khalid-ibrahim-umno.html

Subscribe to receive free email updates: