Judul : Parti Kerajaan tidak sewajarnya berdemontrasi didepan Kedutaan Asing.
link : Parti Kerajaan tidak sewajarnya berdemontrasi didepan Kedutaan Asing.
Parti Kerajaan tidak sewajarnya berdemontrasi didepan Kedutaan Asing.
DETIK DAILYOleh Zaharin Mohd Yasin
Untuk info generasi hari ini, zaman saya muda dulu demontrasi di kedutaan Amerika. Parti politik tidak terlibat. Yang selalu memainkan peranan buat demontrasi Persatuan Pelajar Universiti dan Pergerakan Belia.
Bila hari ini banyak demontrasi di buat melibatkan parti politik, baik parti pemerintah dan parti pembangkang. Saya pun bertanya mana perginya pemimpin Persatuan Pelajar dan Pergerakan Belia.
Adakah mereka sudah tenat dengan penyakit ‘sindrom bisu’? Dalam isu2
Negara.. Adakah urusan agama dan negara hanya melibatkan parti politik sahaja.
Masa saya menjadi ahli jawatankuasa Biro Antarabangsa, Pergerakan Pemuda UMNO yang di Pengerusikan oleh Mohd. Nazri Abd Aziz, pun jarang sekali, malah tidak ada Pemuda UMNO buat demontrasi. Kebiasaam hantar surat bantahan dan jumpa Duta atau wakilnya, malah ada masanya, ada perbincangan kecil yang mesra dan tidak tersinggung atau menjejaskan dalam hubungan dua hala.
Saya menjadi pelik, bila Menteri pun hadir dalam demontrasi dan menjerit dan berucap di depan kedutaan, walhal dia anak seorang diplomat.
Dan pernah menjadi Menteri Pengiring kepada Presiden Amerika yang melawat Malaysia. Adakah Parti Pemerintah dan Kerajaan dua identiti berlainan; dan Ketua Parti Pemerintah orang yang tidak sama dengan Perdana Menteri Malaysia.
Zaman tahun 70an jika berdemontrasi menyentuh Amerika Syarikat akan di adakan antara dua tempat. Sama ada bangunan Straits Trading di depan Ibu Pejabag Bank Pertanian sekarang kerana ada USIS Libry di bangunan bawah yang berkaca. Jadi senang para demontran membaling batu atau pejabat Kedutaan di Bangunan AIA. Tetapi di AIA jarang.
Jangan jadikan rakyat pening memikirkan sendiwara ini.
Demikianlah Artikel Parti Kerajaan tidak sewajarnya berdemontrasi didepan Kedutaan Asing.
Sekianlah artikel Parti Kerajaan tidak sewajarnya berdemontrasi didepan Kedutaan Asing. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Parti Kerajaan tidak sewajarnya berdemontrasi didepan Kedutaan Asing. dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/parti-kerajaan-tidak-sewajarnya.html