PPBM: Belia akan hukum BN kerana rumah mampu milik

PPBM: Belia akan hukum BN kerana rumah mampu milik - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM: Belia akan hukum BN kerana rumah mampu milik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM: Belia akan hukum BN kerana rumah mampu milik
link : PPBM: Belia akan hukum BN kerana rumah mampu milik

Baca juga


PPBM: Belia akan hukum BN kerana rumah mampu milik

 
Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq berkata, graduan dan beliau tidak mampu membeli 'rumah mampu milik' berharga RM250,000 atau lebih tinggi kerana gaji rendah dan kekal tanpa sebarang kenaikan. 


Syed-Saddiq_house_rumah_600


PETALING JAYA: Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin kegagalan kerajaan pusat menyediakan rumah mampu milik untuk belia akan menyebabkan mereka dihukum pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bagi menyokong dakwaan itu, beliau memetik kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin di Dewan Rakyat bulan lalu mengenai Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) diiklankan sebagai “mampu milik”, tetapi harganya terlalu mahal.

“Seorang ahli Parlimen Umno bercakap di Dewan Rakyat baru-baru ini yang program perumahan mampu milik di bawah PR1MA sebenarnya tidak mampu dimiliki.

“Ini ialah petunjuk kerajaan silap dalam fokusnya dengan membina lebih banyak rumah tidak mampu dimiliki berbanding mampu milik.

“Ada rumah PR1MA berharga lebih RM250,000. Kesannya, kerajaan mengetepikan kepentingan anak muda,” katanya.

Beliau mengakui harga hartanah semakin meningkat di negara lain juga, tetapi gaji pekerja turut bertambah.

Bagaimanapun, katanya, gaji graduan baru dan belia di Malaysia secara amnya kekal tidak berubah, sementara pekerja lain hanya menikmati kenaikan gaji sebanyak 17% beberapa tahun ini.

“Kira-kira 50% graduan dibayar kurang RM2,000. Itu tidak mencukupi untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup.”

Katanya, bercakap mengenai perumahan, kerajaan pusat perlu mengikut model Selangor dan Pulau Pinang yang lebih mampan.

“Rumah Selangorku melibatkan tanah milik kerajaan yang bermakna kerajaan berhak memaksa pemaju membina rumah pada harga berpatutan.

“Dengan PR1MA, kerajaan terpaksa membeli tanah dan selalu pada harga lebih tinggi daripada pasaran.”

Beliau mendakwa sesetengah projek perumahan itu turut dicemari unsur rasuah dan ia mungkin faktor yang menyumbang kepada harga tinggi rumah “mampu milik”.

“Jika kamu lihat bajet alternatif Pakatan Harapan, sebaik sahaja kita menghapuskan rasuah, wang itu akan digunakan untuk membina rumah mampu milik.

“Kerajaan mempunyai wang untuk menyediakan rumah mampu milik untuk lebih ramai anak muda memiliki rumah sendiri.”

Bulan lalu, FMT memetik pakar hartanah, Ernest Cheong sebagai berkata, kesukaran belia



Demikianlah Artikel PPBM: Belia akan hukum BN kerana rumah mampu milik

Sekianlah artikel PPBM: Belia akan hukum BN kerana rumah mampu milik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM: Belia akan hukum BN kerana rumah mampu milik dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/ppbm-belia-akan-hukum-bn-kerana-rumah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :