Rakyat Amerika Syarikat boleh bantu beri tekanan kepada Trump - Penganalisis

Rakyat Amerika Syarikat boleh bantu beri tekanan kepada Trump - Penganalisis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat Amerika Syarikat boleh bantu beri tekanan kepada Trump - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat Amerika Syarikat boleh bantu beri tekanan kepada Trump - Penganalisis
link : Rakyat Amerika Syarikat boleh bantu beri tekanan kepada Trump - Penganalisis

Baca juga


Rakyat Amerika Syarikat boleh bantu beri tekanan kepada Trump - Penganalisis

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Demonstrasi yang dibuat secara besar-besaran di seluruh dunia termasuk di Malaysia bagi membantah keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, sedikit sebanyak dapat memberi tekanan kepada negara berkuasa besar itu.
 
Namun menurut pakar Geostrategi Azmi Hasan, tekanan yang lebih kuat dapat diberikan kepada Trump sekiranya rakyat Amerika Syarikat juga turut melakukan bantahan yang sama, seterusnya menolak pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
 
"Demonstrasi ini hampir 100% dilakukan di negara Islam atau di Eropah yang dilakukan oleh penduduk yang beragama Islam, tapi di Amerika Syarikat itu sendiri belum ada demonstrasi yang khusus terhadap keputusan Donald Trump itu.
 
"Itu harapannya (beri tekanan), sedikit sebanyak diharap dapat memberi tekanan kepada presiden Amerika supaya beliau memikirkan balik tindakan beliau yang sebenarnya makin memburukkan lagi keadaan.
 
"Secara mudahnya rakyat Amerika Syarikat perlu turut melakukan demonstrasi membantah keputusan presiden mereka berhubung keputusan berkaitan Baitulmaqdis itu, jadi ia akan menjadi lebih berkesan lagi," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Keputusan Trump yang mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada minggu lalu sememangnya telah mencetuskan bantahan keras dari seluruh dunia.
 
Baik negara Islam mahupun Eropah, masing-masing menolak sekeras-kerasnya keputusan Trump itu dengan melakukan bantahan berbentuk demontrasi di negara masing-masing.
 
Malah, Malaysia juga tidak terkecuali dalam menyatakan bantahan terhadap keputusan Trump tersebut walaupun mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan negara kuasa besar itu.
 
Minggu lalu, pemuda Umno bersama PAS melakukan demontarasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat bagi menghantar memorandum sebagai membantah keputusan keji itu.
 
Bantahan Malaysia terhadap isu itu lebih kuat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang kemuncak tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Turki baru-baru ini.
 
Terbaru semalam, Pakatan Harapan turut menyuarakan bantahan yang sama dengan pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pengiktirafan oleh Trump itu sebagai ‘pembulian’ dan ‘pencabulan’ undang-undang antarabangsa.
 
Bukan itu sahaja, bantahan yang disuarakan oleh Malaysia dijangka berterusan apabila pada Jumaat depan akan diadakan satu lagi perhimpunan secara besar-besaran di hadapan masjid Putra di Putrajaya.
 
Dijangka Najib dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir bagi menunjukkan semangat solidariti membantah tindakan Amerika Syarikat itu.
 
Mengulas lanjut, ketika ditanya sama ada bantahan yang disuarakan oleh Malaysia ini akan menjejaskan hubungan diplomatik antara dua negara, Azmi berkata ia sama sekali tidak berlaku.
 
Jelasnya, bantahan Malaysia hanya khusus kepada pentadbiran dan keputusan unilateral yang dibuat oleh Trump tersebut, dan bukannya terhadap negara kuasa besar itu secara keseluruhannya.
 
"Kita membuat bantahan bukan kepada Amerika Syarikat secara keseluruhannya, kita hanya membuat bantahan secara spesifik iaitu pentadbiran Trump ataupun kepada presiden Donald Trump itu sendiri.
 
"Saya melihat ianya tidak akan terjejas kerana keputusan ini dianggap sebagai keputusan unilateral oleh presiden Trump, saya tidak melihat ia keputusan oleh White House secara keseluruhannya, jadi ia tidak menjejaskan hubungan antara dua negara ini," ujarnya lagi.
 
 
 


Demikianlah Artikel Rakyat Amerika Syarikat boleh bantu beri tekanan kepada Trump - Penganalisis

Sekianlah artikel Rakyat Amerika Syarikat boleh bantu beri tekanan kepada Trump - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat Amerika Syarikat boleh bantu beri tekanan kepada Trump - Penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/rakyat-amerika-syarikat-boleh-bantu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :