Judul : Skandal Sg Yu: Exco Selangor antara yang dipanggil SPRM
link : Skandal Sg Yu: Exco Selangor antara yang dipanggil SPRM
Skandal Sg Yu: Exco Selangor antara yang dipanggil SPRM
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil 15 individu termasuk seorang Exco kerajaan negeri Selangor bagi membantu siasatan
skandal pemberian tanah di Kampung Sungai Yu.
Antara yang dipanggil memberi keterangan itu adalah saksi-saksi dari Pejabat Daerah dan Tanah, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), wakil penduduk serta wakil kuil.
Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, berkata lebih ramai lagi dijangka akan dipanggil SPRM bagi tujuan mengumpul bukti serta melengkapkan kertas siasatan.
"Pasukan penyiasat ketika ini masih dalam proses meneliti dokumen-dokumen yang diambil daripada pejabat tanah Kuala Selangor dan beberapa ahli Exco minggu lalu.
"Ia bagi tujuan mengumpul bukti-bukti dan maklumat-maklumat bagi membantu siasatan terbabit," katanya dipetik laporan BH Online.
Pada 8 Disember lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang juga Pengerusi SELCAT Hannah Yeoh, mengumumkan proses pemberian milikan tanah Kampung Sungai Yu kepada 175 pemohon didapati tidak mematuhi syarat.
Susulan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, mendesak SPRM menyiasat perkembangan terbaru skandal berkenaan, yang membabitkan tanah seluas 14.4 hektar.
Demikianlah Artikel Skandal Sg Yu: Exco Selangor antara yang dipanggil SPRM
Sekianlah artikel Skandal Sg Yu: Exco Selangor antara yang dipanggil SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skandal Sg Yu: Exco Selangor antara yang dipanggil SPRM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/skandal-sg-yu-exco-selangor-antara-yang.html