Sultan Selangor ingatkan imam tidak terlibat ektremis,liberalisme

Sultan Selangor ingatkan imam tidak terlibat ektremis,liberalisme - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Selangor ingatkan imam tidak terlibat ektremis,liberalisme, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Selangor ingatkan imam tidak terlibat ektremis,liberalisme
link : Sultan Selangor ingatkan imam tidak terlibat ektremis,liberalisme

Baca juga


Sultan Selangor ingatkan imam tidak terlibat ektremis,liberalisme



Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) menerima wakaf kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM5 juta daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi pembinaan Masjid Denai Alam, Shah Alam pada Majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan AnggotaMais bagi sesi 2018-2020 dan Majlis Santapan Tengah Hari Bersama Imam Masjid-Masjid Seluruh Negeri Selangor di Istana Alam Shah hari ini.-Foto Bernama.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menyeru semua imam dan pegawai agama di masjid serta surau di Selangor supaya memastikan tiada dalam kalangan mereka terlibat atau mengajak umat Islam mengikuti fahaman ekstremis mahupun liberalisme.

Titah Sultan Sharafuddin, baginda pernah dimaklumkan bahawa terdapat golongan tertentu dalam kalangan umat Islam yang telah terpesong daripada ajaran Islam sebenar sehingga menganggap pembunuhan yang dilakukan terhadap sesama manusia adalah satu jihad yang dituntut oleh Allah SWT.

Fahaman dan ikutan sebegini amat berbahaya jika dibiarkan menular dalam kalangan umat Islam kerana ini boleh menyebabkan pembunuhan sesama umat Islam dan perpecahan umat Islam seperti yang berlaku di beberapa buah negara Teluk kebelakangan ini.

Oleh itu, beta mahu imam-imam dan pegawai-pegawai agama untuk sentiasa memantau kegiatan ekstremis ini agar ia tidak berlaku dan bertapak di negeri Selangor, titah baginda.

Sultan Selangor bertitah pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli-ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bagi sesi 2018-2020 dan majlis santapan tengah hari bersama 423 imam masjid-masjid Diraja serta masjid di seluruh negeri di Istana Alam Shah di sini.

Untuk tujuan itu juga, baginda menyeru semua imam dan pegawai masjid untuk memastikan penceramah dan ustaz yang memberi ceramah di masjid serta surau di Selangor mendapat tauliah yang sewajarnya sebelum dibenarkan untuk berceramah, selain memantau ceramah mereka supaya tidak menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar dan mengelirukan masyarakat Islam.

Perkara ini telah selalu beta tegaskan sebelum ini namun masih terdapat imam dan pihak nazir masjid yang masih ingkar serta tidak mematuhi titah beta hingga menyebabkan berlaku ajaran-ajaran dan ceramah-ceramah yang mengelirukan masyarakat Islam berlaku di masjid-masjid dan surau di negeri ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah (depan tujuh, kanan) bergambar bersama anggota Mais pada Majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota Mais bagi sesi 2018-2020 dan Majlis Santapan Tengah Hari Bersama Imam Masjid-Masjid Seluruh Negeri Selangor di Istana Alam Shah hari ini.-Foto Bernama.

Mais dan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) sebagai badan agama tertinggi di Selangor perlu sentiasa tegas dalam mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melanggar titah beta dan melanggar segala peraturan yang telah ditetapkan, titah Sultan Sharafuddin.

Menyentuh soal pentadbiran Jais dan jabatan-jabatan di bawahnya, Sultan Selangor bertitah menegaskan supaya mereka memberi ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah-bahagi kepada baginda selaku Ketua Agama Islam di negeri itu sepanjang perkhidmatan mereka di Selangor walaupun menerima gaji dan elaun daripada kerajaan Persekutuan.

Setiap satu dasar berkaitan dengan agama Islam daripada pihak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sebagai contohnya isu-isu berkaitan dengan pensijilan halal, zakat, pemakaian sesuatu fatwa dan wakaf yang ingin dilaksanakan di Selangor perlulah merujuk kepada MAIS terlebih dahulu sebagai badan penasihat agama Islam kepada beta sebelum perkara ini diangkat kepada beta untuk dilulus dan dilaksanakan, titah baginda.

Terdahulu, pada istiadat berkenaan, Sultan Selangor berkenan melantik bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Pengerusi Mais yang baharu berkuat kuasa 1 Jan 2018, bagi menggantikan Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai pengerusi Mais sejak tahun 2005.



Demikianlah Artikel Sultan Selangor ingatkan imam tidak terlibat ektremis,liberalisme

Sekianlah artikel Sultan Selangor ingatkan imam tidak terlibat ektremis,liberalisme kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Selangor ingatkan imam tidak terlibat ektremis,liberalisme dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/sultan-selangor-ingatkan-imam-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :