Judul : Usah heret isu pulang pingat Tun M dengan Sultan Johor - Ehsanuddin
link : Usah heret isu pulang pingat Tun M dengan Sultan Johor - Ehsanuddin
Usah heret isu pulang pingat Tun M dengan Sultan Johor - Ehsanuddin
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Seorang Ahli Parlimen Johor hari ini menggesa semua pihak agar tidak mengheret Sultan Johor dalam isu Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad yang memulangkan pingat darjah kebesaran daripada Sultan Selangor.
Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, tindakan memperbesar-besarkan perkara itu dikhuatiri akan mengeruhkan lagi keadaan apatah lagi membabitkan istana dalam hal ehwal politik.
"Tun Dr Mahathir nak serah kembali pingat bukan atas paksaan, dan Sultan (Selangor) pun bila individu itu serah, baginda tak ada masalah.
"Usahlah kita terperangkap dalam polemik yang rasanya tidak membantu. Jika kita bercakap banyak, nanti akan menyinggung perasaan banyak orang," katanya kepada Antarapos.
Semalam Dr Mahathir enggan mengulas lanjut ketika diajukan soalan adakah beliau akan turut memulangkan pingat kebesaran dari Istana Johor ekoran Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar juga pernah mengkritiknya berhubung isu Bugis.
Dr Mahathir sebaliknya hanya melemparkan senyuman ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu.
Pertanyaan itu susulan tindakan Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali yang menyerahkan semula anugerah kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis, ekoran kenyataan mantan perdana menteri itu yang mengaitkan keturunan Bugis sebagai keturunan lanun.
Kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sekaligus menghina keturunan Sultan yang juga berbangsa Bugis.
Menerusi satu temubual bersama akhbar The Star baru-baru ini, Sultan Sharafuddin membidas kembali Dr Mahathir berhubung isu kenyataan lanun Bugis, disamping isu berkaitan dagangan mata wang asing (forex) Bank Negara serta pegkhianatannya kepada Umno.
Baginda juga bertitah bahawa Dr Mahathir mempunyai "rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam" yang boleh "membakar seluruh negara".
Dalam pada itu, Ehsanuddin ketika ditanya sama ada hubungan renggang Dr Mahathir dengan istana akan mempengaruhi undi kepada PH, hanya menjawab 'rakyat bijak menilai'.
"Kalau kita sentuh perkara-perkara sensitif ini, rakyat boleh menilai. Kita nak tubuh kerajaan, jadi pilihlah berdasarkan track record.
"Contohnya, kerajaan bina ekonomi yang baik, negara dapat pengiktirafan... itu lebih penting. Kalau pelaburan baik dan orang melabur banyak, rakyat akan dapat nikmat yang banyak... dapat peluang pekerjaan, industri berkembang maju.
"Rakyat kena beri pertimbangan lebih kepada tranck record seperti ini. Daripada kita cerita isu itu dan ini, sebabkan orang tersinggung. Orang kecil tersinggung pun datangkan masalah, apatah lagi pula kalau orang 'besar' tersinggung, lagilah banyak masalah," kata beliau.
Demikianlah Artikel Usah heret isu pulang pingat Tun M dengan Sultan Johor - Ehsanuddin
Sekianlah artikel Usah heret isu pulang pingat Tun M dengan Sultan Johor - Ehsanuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Usah heret isu pulang pingat Tun M dengan Sultan Johor - Ehsanuddin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/usah-heret-isu-pulang-pingat-tun-m.html