Judul : 369 suspek Daesh ditahan sejak 2013
link : 369 suspek Daesh ditahan sejak 2013
369 suspek Daesh ditahan sejak 2013
ANTARAPOSPUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan 369 suspek pengganas termasuk 87 warga asing, yang dipercayai militan Daesh antara 2013 hingga 2017.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata jumlah itu turut membabitkan 19 perancang untuk melakukan keganasan tetapi dapat ditumpaskan.
"Selama beberapa tahun, pihak keselamatan sudah menjalankan operasi bagi menangani dan membanteras keganasan daripada berlaku di negara ini.
"Kita bersyukur kerana tiada kematian berlaku dalam serangan bom di kelab malam Movida, Puchong pada Jun 2016," katanya ketika menyampaikan kenyataan negara sempena Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018 di sini, hari ini.
Nur Jazlan berkata, perkara itu menjadi peringatan mengenai hakikat keganasan moden, di mana konflik yang berlaku beribu-ribu batu jauhnya boleh membawa kesan kepada keselamatan dalam negara.
"Sudah tiba masanya untuk mengkaji semula pendekatan semasa dalam menangani keganasan kerana Daesh sentiasa merekrut ahli baru di seluruh dunia melalui media sosial, kebanyakannya menyasarkan golongan muda terutama wanita yang masih tercari-cari hala tuju dalam kehidupan mereka," katanya.
Tambah beliau, mereka menawarkan satu bentuk pelepasan dengan mencemarkan minda melalui pandangan dunia dan ideologi yang sesat.
"Pendekatan secara keras, yang mungkin dilihat berkesan untuk jangka masa pendek, tidak dapat menangani punca isu keganasan, seperti mana perang terhadap penjenayah dan pengganas kerana ini lebih kepada hati dan minda, perang terhadap perbezaan ideologi.
"Justeru, Malaysia mengesyorkan idea untuk menawarkan terjemahan keagamaan yang sederhana terutama dalam menangani IS sebagai langkah proaktif untuk menghapuskan ekstremisme," katanya.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Sudan, Mejar (Polis), Dr Hamid Mohamed, dalam kenyataan negaranya, berkata Sudan juga menggunakan pendekatan yang sama seperti Malaysia untuk memulihkan mereka yang terbabit dalam sel keganasan iaitu yang melalui program deradikalisasi.
"Anak-anak muda adalah sasaran mudah bagi pelampau untuk merekrut mereka sebagai ahli baru, kami mempunyai program deradikalisasi sebagai langkah anti-keganasan.
"Ini untuk memulihkan mereka yang mempunyai ideologi keagamaan atau politik yang melampau untuk mengamalkan pandangan yang lebih sederhana," katanya.
Wakil Presiden Turki, Mehmet Mehdi Eker, berkata negaranya mempunyai pengalaman luas dalam memerangi keganasan dan terbabit secara cergas dalam memerangi pelbagai pertubuhan pengganas seperti Daesh, Kurdistan Workers' Party (PKK) dan Fethullah Terrorist Organisation (FETO).
Beliau turut merakamkan penghargaan negaranya kepada Malaysia atas kerjasama mengekang kegiatan pertubuhan pengganas FETO di Malaysia selain memuji Malaysia sebagai contoh terbaik negara berbilang kaum, berbilang budaya dan berbilang agama dengan segenap lapisan masyarakat secara damai lagi harmoni.
Demikianlah Artikel 369 suspek Daesh ditahan sejak 2013
Sekianlah artikel 369 suspek Daesh ditahan sejak 2013 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 369 suspek Daesh ditahan sejak 2013 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/369-suspek-daesh-ditahan-sejak-2013.html