Agihan kerusi: PPBM Johor nasihat Amanah akur muafakat PH

Agihan kerusi: PPBM Johor nasihat Amanah akur muafakat PH - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agihan kerusi: PPBM Johor nasihat Amanah akur muafakat PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agihan kerusi: PPBM Johor nasihat Amanah akur muafakat PH
link : Agihan kerusi: PPBM Johor nasihat Amanah akur muafakat PH

Baca juga


Agihan kerusi: PPBM Johor nasihat Amanah akur muafakat PH

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PPBM Johor mahu rakan komponennya, Amanah berlapang dada dan terbuka dengan keputusan pucuk kepimpinan Pakatan Harapan (PH) bersabit agihan kerusi di negeri itu.
 
Setiausaha PPBM Johor, Datuk Osman Sapian berkata, isu tidak puas hati tidak patut timbul kerana setiap parti dalam gabungan itu sememangnya perlu berkompromi dan berkorban jika mahu mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
 
"Nak memuaskan hati semua orang memang susah, tapi keputusan yang baik adalah semua orang tak puas hati. Soal yang tak puas hati itu adalah (Amanah) peringkat negeri, tapi sudah diselesaikan sesama mereka di peringkat pusat. 
 
"Soal tak puas hati itu kena terima hakikat...kita tak boleh nak buat apa sebab empat parti dah menandatangani untuk agihan kerusi sebagaimana yang anda semua tahu untuk negeri Johor," katanya kepada Antarapos. 
 
Amanah Johor sebelum ini dilaporkan memboikot Konvensyen PH pada Ahad minggu lalu, kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi di negeri itu.
 
Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata, mereka kecewa apabila hanya mendapat dua kerusi saja daripada lima kerusi Parlimen yang diingini.
 
Dua kerusi itu ialah Parit Sulong dan Pulai. 
 
Mengulas lanjut, Osman yang juga bekas ADUN Kempas berkata, beliau sendiri 'berkorban' dan mengambil pendekatan terbuka apabila kerusi Pulai diperuntukkan kepada Amanah, sedangkan beliau sendiri merupakan pemimpin akar umbi di kawasan berkenaan. 
 
"Kalau nak cerita pasal tak puas hati, saya sendiri tak puas hati sebab saya duduk di bahagian Pulai. Saya pernah jadi wakil rakyat (DUN Kempas) di dalam Parlimen Pulai.
 
"Saya terbuka... sebab kalau ikut kehendak pengundi di sini, mereka (cenderung) PPBM. Tapi kita berkorban dengan beri kepada Amanah walaupun mereka tak banyak penyokong di Pulai. Salahuddin (Ayub) tanding di Pulai dulu pun kalah, dia bukan penyandang," katanya lagi. 
 
Pada PRU13 lalu, Salahuddin yang bertanding atas tiket PAS tewas di tangan calon BN, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Salahuddin tewas dengan majoriti 3,226 apabila memperoleh 40,525 undi berbanding Nur Jazlan yang memperoleh 43,751 undi.
 
PH pada Konvensyen mereka minggu lalu mengumumkan agihan peruntukan 165 kerusi di Semenanjung.
 
PPBM diperuntukkan 52 kerusi, PKR pula 51 kerusi, DAP 35 kerusi dan Amanah diperuntukkan 27 kerusi.
 
Bagaimanapun dua hari lalu, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong mengesahkan bahawa kerusi Parlimen Ayer Hitam, yang pada mulanya diperuntukkan kepada mereka, akan ditandingi calon Amanah dalam PRU14 kelak.
 
Ujarnya, tindakan ini merupakan satu percaturan taktikal dari PH untuk mengukuhkan peluangnya merampas kerusi tersebut dari BN.      
 
Kerusi Parlimen Ayer Hitam kini disandang oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, selepas menewaskan Hu Phang Chow yang bertanding atas tiket PAS pada PRU13 lalu. 




Demikianlah Artikel Agihan kerusi: PPBM Johor nasihat Amanah akur muafakat PH

Sekianlah artikel Agihan kerusi: PPBM Johor nasihat Amanah akur muafakat PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agihan kerusi: PPBM Johor nasihat Amanah akur muafakat PH dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/agihan-kerusi-ppbm-johor-nasihat-amanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :